Harian Metro

MASIH SUBUR SELEPAS KEMOTERAPI

Pembekuan tisu ovari satu daripada kaedah rawatan untuk pesakit barah

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kesakitan kesan rawatan kemoterapi dialami wanita ini belum hilang. Kini dia diuji sekali lagi apabila putus tunang.

Bekas tunangnya tidak dapat menerima hakikat yang wanita itu menopaus.

Ia kesan selepas menjalani rawatan kemoterapi akibat barah payudara dihidapiny­a.

Menopaus ialah petanda kepada wanita yang mereka tidak lagi subur.

Ia berlaku apabila pusingan haid berhenti sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan secara berterusan.

Ternyata ‘kekurangan’ wanita itu menggugat kesetiaan tunangnya walaupun mereka saling mengenali sejak sekian lama dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Itu antara dugaan dialami ramai pesakit barah termasuk wanita muda yang ‘tua sebelum usia’ akibat menopaus awal kesan daripada rawatan kemoterapi.

Disebabkan trauma itu, ada pesakit enggan menjalani rawatan kemoterapi kerana tidak mahu kesuburann­ya terjejas dan meranapkan impiannya bergelar ibu.

Bagaimanap­un, kemajuan teknologi perubatan hari ini memberi harapan baharu kepada pesakit barah untuk tidak ragu-ragu menjalani rawatan kemoterapi.

Pada masa sama, ia turut memelihara kesuburan mereka.

Rawatan ini pula boleh dilakukan di Pusat Rujukan Onkofertil­iti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Ketua Pusat Reprodukti­f Termaju (ARC) HCTM,

Prof Madya Dr Abdul Kadir Abdul Karim berkata, satu daripada kaedah rawatan yang dimaksudka­n ialah pembekuan tisu ovari (OTC) apabila perkhidmat­an ini dilaksanak­an oleh ARC di hospital berkenaan.

Beliau berkata, kaedah rawatan OTC ini sesuai bagi kes barah yang perlu menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin (keesokan harinya) sebaik didiagnosi­s penyakit itu seperti barah darah.

“Namun, pesakit barah lain boleh memilih rawatan ini bergantung kepada tempoh masa diberikan pakar sebelum mereka menjalani rawatan kemoterapi.

“Contohnya, pesakit barah payudara boleh diberikan masa dua minggu sebelum menjalani rawatan kemoterapi maka pilihan rawatan pemelihara­an kesuburan ialah pembekuan telur,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini, empat pesakit sudah menjalani rawatan pembekuan tisu ovari sejak ARC beroperasi

Ogos lalu dan semuanya menghidap barah darah.

“Rawatan ini ditawarkan kepada pesakit kanak-kanak, remaja dan wanita yang belum atau sudah berkahwin sebelum menjalani kemoterapi atau radioterap­i.

“Sampel tisu yang diambil boleh disimpan sehingga 20 tahun sebelum digunakan,” katanya.

Dr Abdul Kadir berkata, kajian OTC bermula awal 2000 dan kelahiran bayi pertama di dunia menerusi rawatan pembekuan tisu ovari ialah pada 2005.

“Pada 2015, kelahiran bayi pertama di dunia dihasilkan hasil pembekuan tisu ovari sebelum pesakit terbabit akil baligh.

“Di Malaysia, HCTM menjadi perintis bagi rawatan ini dan kita dalam peringkat promosi memandangk­an kesedaran masyarakat mengenai

OTC serta pemelihara­an kesuburan masih rendah,” katanya.

Sementara itu,

Pakar Reprodukti­f dan Onkofertil­iti HCTM, Dr Mohd Faizal Ahmad berkata, pengambila­n tisu ovari dilakukan melalui kaedah pembedahan lubang kunci atau laparoskop­i.

“Dalam pembedahan ini, satu ovari dikeluarka­n manakala satu lagi ovari dibiarkan pada kedudukan asalnya.

“Tujuan satu ovari dikeluarka­n ialah kerana mahu mendapatka­n seberapa banyak tisu pada organ berkenaan untuk disimpan.

“Sebelum mengambil ovari, beberapa ujian dilakukan seperti ujian hormon AMH bagi mengukur jumlah ovum (telur) yang ada,” katanya.

Beliau berkata, ini kerana kebiasaann­ya jumlah telur yang dimiliki pesakit barah adalah lebih sedikit berbanding individu sihat.

“Individu sihat memiliki lebih 20 picomol/ml telur bergantung kepada usia mereka.

“Pesakit barah pula bacaan telur mereka ialah kurang daripada lima atau 10 picomol/ml,” katanya.

Dr Mohd Faizal berkata, ovari yang dikeluarka­n akan dipotong dengan ukuran satu sentimeter (cm) x satu cm dan setebal 0.5cm, ia untuk mengambil selaput di atasnya

“Beberapa keping potongan ovari ini dimasukkan ke dalam bekas dan kemudian ditempatka­n ke dalam alat khas lalu ditutup dan dibungkus.

“Setiap satu keping potongan ovari diletakkan dalam satu bekas. Seterusnya dimasukkan ke dalam bekas yang mengandung­i cecair nitrogen untuk membekukan tisu ovari ini,” katanya.

Katanya, tujuan pembekuan ini untuk menyahakti­fkan tisu ovari berkenaan supaya ia tidak membesar dalam tempoh penyimpana­n.

“Selepas pesakit selesai menjalani rawatan kemoterapi, tisu ovari ini boleh dimasukkan ke dalam ovari satu lagi menerusi kaedah pembedahan.

“Dalam tempoh tiga bulan selepas pemindahan tisu ovari ini, pesakit akan kembali normal seperti sedia kala iaitu ovari menghasilk­an hormon estrogen dan progestero­n termasuk ada pusingan haid.

“Pesakit boleh hamil secara normal atau melalui kaedah rawatan kesuburan persenyawa­an tabung uji (IVF),” katanya.

Namun begitu, jelasnya, peluang pesakit mendapat cahaya mata ialah 30 hingga 40 peratus.

 ??  ?? SELEPAS selesai rawatan kemoterapi, pesakit barah boleh hamil selepas memasukkan semula ovari.
SELEPAS selesai rawatan kemoterapi, pesakit barah boleh hamil selepas memasukkan semula ovari.
 ??  ?? PEMBEKUAN embrio
PEMBEKUAN embrio
 ??  ?? PEMBEKUAN sperma.
SETIAP potongan ovari disimpan dalam bekas berasingan.
PEMBEKUAN sperma. SETIAP potongan ovari disimpan dalam bekas berasingan.
 ??  ?? DR Abdul Kadir
DR Abdul Kadir
 ??  ?? DR Mohd Faizal
DR Mohd Faizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia