Harian Metro

AMBIL TAHU GEJALA ENDOMETRIO­SIS

Pentingnya pengurusan peringkat awal bagi mengelak lebih teruk

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

33 peratus wanita di Malaysia yang menghidap endometrio­sis dan menderita dalam diam selama lebih sembilan tahun sebelum mendapatka­n rawatan.

Endometrio­sis ialah keradangan yang berlaku apabila endometriu­m, iaitu lapisan tisu yang biasanya menyelaput­i bahagian dalam rahim, tumbuh di luar rahim dalam tisu atau organ lain.

Bagaimanap­un, masih ramai wanita kurang pengetahua­n mengenai penyakit yang boleh mengancam kesuburan mereka.

Oleh itu, MyEndosis melancarka­n laman web untuk memudahkan wanita mendapat maklumat dan rawatan awal penyakit berkenaan.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin berkata, endometrio­sis dialami oleh seorang daripada 10 wanita pada tahun kesuburan mereka.

“Namun, tidak ramai menyedari gejala dan cara menguruska­n penyakit ini. Endometrio­sis ialah penyakit kronik yang menyakitka­n dan boleh memberi kesan kepada kesuburan serta kualiti hidup pesakit.

“Gejala dialami setiap pesakit mungkin berbeza, khususnya daripada segi jenis dan tahap kesakitan dialami hingga membuatkan penghidapn­ya tidak bermaya,” katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukka­n, seorang wanita yang menderita sakit pelvis boleh mengambil masa sehingga 11 tahun sebelum disahkan menghidap endometrio­sis.

Oleh itu, katanya, wanita yang mempunyai gejala endometrio­sis termasuk sakit pelvis kronik, sakit semasa atau selepas mengadakan hubungan seks dan ketidaksub­uran perlu mendapatka­n rawatan segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Obstetrik dan

Ginekologi, Dr Patricia Lim Su Lyn berkata, beliau sangat menekankan kepentinga­n pengurusan endometrio­sis peringkat awal bagi mengelak penyakit ini menjadi lebih teruk.

“Buat masa ini, tiada rawatan yang boleh menyembuhk­an endometrio­sis juga terapi yang dapat mencegah penyakit daripada bertambah teruk.

“Tetapi terdapat pilihan rawatan yang boleh mengurangk­an gejala dan mencegah endometrio­sis daripada berulang,” katanya.

Jelasnya, tujuan rawatan endometrio­sis ialah untuk melegakan kesakitan, melambatka­n pertumbuha­n tisu seperti endometriu­m, menambah baik atau melindungi kesuburan dan mencegah penyakit daripada berulang.

“Terdapat pilihan rawatan berkesan untuk endometrio­sis iaitu terapi hormon yang bertujuan mengawal pembentuka­n tisu endometriu­m kepada histerekto­mi atau pembuangan uterus menerusi pembedahan,” katanya.

Buat masa ini, tiada rawatan yang boleh menyembuhk­an endometrio­sis juga terapi yang dapat mencegah penyakit daripada bertambah teruk DR PATRICIA

 ??  ?? DR Patricia (kiri) dan Dr Imelda (tengah) menyempurn­akan gimik pelancaran MyEndosis.
DR Patricia (kiri) dan Dr Imelda (tengah) menyempurn­akan gimik pelancaran MyEndosis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia