Harian Metro

TAK SEMUA SETUJU

MOM pilih atlet ke Sukan Sea hujung tahun

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Masih belum ada keputusan berhubung kriteria pemilihan atlet yang akan menggalas tugas di Sukan Sea Vietnam dan ia hanya akan diputuskan pada penghujung tahun ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria memaklumka­n pihaknya kini mencuba sedaya upaya untuk menyelami masalah daripada persatuan sukan terutama dari segi had kelayakan.

Katanya, memang tidak dinafikan wujudnya perbahasan berhubung hasrat untuk menghantar atlet muda ke temasya berkenaan kerana tidak semua persatuan sukan yang bersetuju dengan syarat berkenaan justeru banyak perkara perlu diperhalus­i lagi.

‘‘Kami kini sedang cuba untuk menyelami masalah persatuan sukan berhubung had kelayakan. Perjumpaan juga sudah diadakan untuk mendengar input dan maklum balas.

‘‘Memang ada yang setuju dan ada yang tidak bila kita bercakap untuk menghantar atlet muda bertanding.

‘‘Banyak perkara perlu diubah antaranya dari segi kriteria pemilihan.

‘‘Jadi perkara ini akan dibincangk­an semula dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan mungkin akan dimaklumka­n pada penghujung tahun ini dan pada masa itu juga kita akan tahu sukan apa yang akan dipertandi­ngkan di Vietnam nanti,’’ katanya yang memaklumka­n Vietnam menyenarai­kan 36 sukan dengan Malaysia memohon rayuan tujuh lagi acara sukan.

Sementara itu Norza yang ditemui selepas mesyuarat ahli majlis yang berlangsun­g semalam, memaklumka­n satu perjumpaan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sudah diadakan bagi memohon bantuan yang lebih besar buat industri sukan bagi memastikan ia terus bernafas.

Banyak perkara perlu diubah antaranya dari segi kriteria pemilihan”

Norza Zakaria

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia