Harian Metro

Fokus Jelajah Asia

-

Kuala Lumpur: Selepas aksi Piala Thomas/Uber ditangguhk­an, beregu nombor satu negara, Aaron Chia Soh Wooi Yik menaruh harapan untuk menyertai Kejohanan Jelajah Asia berlangsun­g pada Januari ini.

Mungkin perkhabara­n itu sedikit melegakan beregu negara apabila penganjur menunda kejohanan yang sepatutnya berlangsun­g November ini ketika penularan Covid-19 belum menampakka­n penurunan.

Kata Aaron, perkara itu sudah dibincangk­an bersama jurulatih berhubung penyertaan skuad negara ke kejohanan berkenaan dengan fokus latihan kini terarah mempersiap­kan diri.

‘‘Fokus sekarang ini adalah untuk Kejohanan Asia. Perkara itu sudah dibincangk­an dengan jurulatih dan jika ia dianjurkan mungkin kami akan menyertain­ya.

‘‘Tapi ia masih belum pasti akan diadakan atau tidak. Apapun kami tetap bersedia dan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk membawa pulang kejuaraan,’’ katanya.

Bagaimanap­un, bagi beregu lelaki nombor sembilan dunia itu, mereka perlu memastikan penganjur menerapkan prosedur operasi standard (SOP) yang memuaskan agar tidak membangkit­kan kegusaran wakil negara yang akan bertanding.

Kejohanan Jelajah Asia membabitka­n tiga kejohanan yang dirancang berlangsun­g di Thailand hujung tahun ini namun ditunda tahun depan.

 ??  ?? AKSI Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada perlawanan badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
AKSI Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada perlawanan badminton Perodua Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia