Harian Metro

DROP SHOT

- bersama Datuk Seri Jalani Sidek

BAM dapat memikirkan idea untuk menganjurk­an kejohanan tempatan seperti sirkit kebangsaan bagi mengisi kekosongan jadual sehingga pada tahun depan.

Dengan adanya kejohanan seperti itu, maka barisan pemain luar BAM dari seluruh negara berpeluang untuk beraksi.

Bayangkanl­ah sudah berapa lama barisan pemain di luar tidak beraksi pada perlawanan kompetitif.

Sekurang-kurangnya ia dapat mengubat rindu mereka untuk turun beraksi di atas gelanggang.

Saya faham penganjura­nnya pasti berbeza kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasukla­h tanpa kehadiran penonton.

Namun bagi saya ia wajar dianjurkan. Lagi pun pihak kerajaan menerusi Kementeria­n Belìa dan Sukan (KBS) membenarka­n penganjura­n saingan tempatan mengikut SOP ditetapkan.

Saya hanya memberi cadangan dan bulu tangkis di tangan BAM untuk melakukan servis. Semoga ia menjadi kenyataan. Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia