Harian Metro

SAMA ‘POWER’

Mora anggap keputusan seri menentang PJ City adil

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my BERNAMA

Serangan pantas membabitka­n empat hingga lima pemain Petaling Jaya City (PJ City) nyata cukup berbahaya dan ia diakui pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.

Jelas Mora, keputusan seri 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu dianggap adil buat kedua-dua pasukan apabila masing-masing memperagak­an aksi bertenaga sepanjang perlawanan.

Katanya, PJ City lawan yang cukup liat namun pemainnya berjaya mengimbang­i saingan sengit tuan rumah untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata ke selatan tanahair.

“Untuk aksi malam ini (kelmarin), pemain saya mengawal permainan dengan lebih banyak mencipta peluang, tetapi kami ada masalah berdepan serangan balas PJ City.

“Namun pada separuh masa kedua kami tampil lebih baik apabila pemain mengawal aksi dan berjaya memastikan tidak dibolosi pada babak kedua,” katanya.

Pada aksi itu, skuad Harimau Selatan hampir menerima kekalahan pertama mereka musim ini selepas ketinggala­n sebelum berakhirny­a aksi 45 minit babak pertama.

Pelawat yang memburu kejuaraan liga ketujuh berturut-turut terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Safawi Rasid pada minit ke-35 selepas menerima

hantaran Diogo untuk tenang menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.

Kelebihan itu bagaimanap­un dipadamkan tuan rumah dua minit kemudian hasil sentuhan bekas pemain kebangsaan, Christie Jayaseelan yang menolak mudah ke gawang JDT untuk mengikat kedudukan 1-1.

Skuad kendalian K Devan mendahului lawan pada masa kecederaan susulan sepakan penalti yang dihadiahka­n pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas Washington dos Santos dijatuhkan oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias dan K Gurusamy mudah menyempurn­akan tugasnya.

Namun semangat melawan anak buah Mora cukup tinggi apabila mereka pantas mengikat kembali 2-2,

FOTO: juga hasil sepakan penalti Gonzalo Cabrera di masa kecederaan.

Sementara itu Devan memuji sikap dan komitmen pemainnya yang berjaya menyukarka­n JDT.

“Saya bangga dengan pasukan saya, pemain saya menunjukka­n kualiti bola sepak berbeza menentang pasukan terbaik di Malaysia.

“Ia bukan perlawanan yang dikuasai satu pasukan, kita mengimbang­i permainan, bertahan dengan baik dalam masa sama turut melakukan serangan dan berjaya menjaringk­an dua gol.

“Kredit kepada pemain saya, mereka bermain mengikut perancanga­n pasukan dan kami meraih satu mata yang cukup berharga,” kata Devan.

Kami ada masalah berdepan serangan balas PJ City Benjamin Mora

 ??  ?? PEMAIN JDT Fadhli Shas (tengah) menanduk bola ketika menentang PJ City FC.
PEMAIN JDT Fadhli Shas (tengah) menanduk bola ketika menentang PJ City FC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia