Harian Metro

Durakovic kagum prestasi Shahrel

-

Ipoh: Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic memuji prestasi hebat penyerang Harimau Malaya, Shahrel Fikri selepas meledak empat gol bagi membantu pasukan itu menewaskan Felda United FC, 5-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.

“Shahrel pemain yang baik dan De Paula juga menunjukka­n persembaha­n baik malam ini (kelmarin). Saya gembira, ia kerjasama sepasukan, Shahrel tidak dapat melakukann­ya tanpa kerjasama semua,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Durakovic berkata, komitmen dan disiplin tinggi ditunjukka­n

pemain sepanjang perlawanan menjadi faktor utama mereka berjaya mengekalka­n momentum kemenangan.

“Secara jujurnya, pemain menunjukka­n kesungguha­n sejak awal perlawanan. Mereka menunjukka­n komitmen dan disiplin tinggi.

“Saya gembira dengan persembaha­n pemain, tetapi sebagai jurulatih saya tidak boleh terlalu bangga dengan kejayaan malam ini,” katanya

Dalam perlawanan itu, Shahrel Fikry meledak gol pada minit ke-17, 46, 69 dan 85 dan satu lagi gol dijaringka­n oleh Guilherme De

Paula pada minit ke-52.

Gol saguhati Felda United dijaringka­n Nicolas Leandro Velez pada minit ke-62.

Sementara itu, pengendali Felda United, Mohd Nidzam Jamil berkata, hilang fokus dan kegagalan pemain menyerap tekanan terutama pada babak kedua perlawanan menjadi antara faktor penyumbang kekalahan itu.

“Pada separuh masa pertama, Shahrel Fikri menjaringk­an pertama dan ketika itu saya fikir kita masih ada peluang dan boleh mengawal perlawanan.

“Namun pada separuh masa kedua, selepas tambahan dua lagi gol, kami hilang fokus,” katanya.

 ??  ?? SHAHREL Fikri diasak pemain Felda United pada perlawanan Liga Super menentang Perak.
SHAHREL Fikri diasak pemain Felda United pada perlawanan Liga Super menentang Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia