Harian Metro

Siapa kata Sathia tak laku?

-

Kuala Lumpur: Siapa kata jurulatih tempatan tidak laku apabila bekas pengendali Selangor B Sathianath­an mengakui beliau dirisik beberapa pasukan termasuk daripada luar negara yang mahu menggunaka­n khidmatnya musim depan.

Sathia berkata, beberapa individu menghubung­inya untuk mengetahui status dan mahu membincang­kan beberapa perkara lain termasuk berminat menggunaka­n khidmatnya bagi mengendali­kan pasukan.

Bekas jurulatih Kelantan dan Felda United itu berkata, pada masa ini beliau mahu berehat terlebih dahulu dan memerlukan sedikit masa untuk mempertimb­angkan tawaran terbabit.

‘‘Memang saya akui menerima panggilan daripada beberapa individu termasuk daripada luar negara yang bertanya mengenai khidmat sebagai jurulatih namun perkara terbabit bukanlah membincang­kan secara serius.

“Sekarang ini saya mahu berehat dahulu dan akan memikirkan perkara terbabit nanti termasuk mendapat tawaran secara serius,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan kekalahan besar Selangor di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di

Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu menyaksika­n Sathia Sathianath­an dipecat serta merta oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Tempat Sathia bakal dipikul sementara oleh Pengarah Teknikal FAS, Micheal Feichtenbe­iner sehingga ketua jurulatih yang baharu diumumkan kelak.

Pengumuman pemecatan Sathianath­an dan pelantikan Feichtenbe­iner diumumkan oleh FAS menerusi satu kenyataan media yang dikeluarka­n oleh persatuan itu. Sementara itu, beliau yang pernah memenangi jurulatih terbaik pada 2010,2012 dan 2017 mengakui bersikap terbuka untuk melatih pasukan pada musim depan termasuk jika perlu berhijrah ke negara lain.

Saya akui menerima panggilan daripada beberapa individu Sathianath­an

 ??  ?? SATHIANATH­AN
SATHIANATH­AN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia