Harian Metro

RM25 JUTA JADI ABU

Perhilitan lupus dua tan sisik tenggiling guna kaedah pembakaran dalam insinerato­r

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Sisik tenggiling (pangolin scale) seberat lebih dua tan yang cuba diseludup keluar dari negara ini mampu mencecah harga AS$6.17juta (RM25,390,575) di pasaran gelap.

Bagaimanap­un, semua sisik tenggiling itu yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akhirnya dilupuskan, semalam.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, proses melupuskan barang kes sisik tenggiling seberat 2,058 kilogram (kg) itu dilakukan di Pusat Kualiti Alam, Seremban, Negeri Sembilan.

Menurutnya, kaedah pelupusan itu menggunaka­n kaedah pembakaran di dalam insinerato­r di pusat berkenaan.

“Semua sisik tenggiling ini adalah hasil rampasan beberapa kes bermula 2017 hingga 2019. Sebahagaia­n besarnya dirampas JKDM sebelum diserahkan kepada Perhilitan.

“Tenggiling adalah hidupan liar yang disenaraik­an sebagai spesies yang tidak boleh di perdaganga­n di bawah Konvesyen Perdaganga­n

Antarabang­sa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

“Pelupusan sisik tenggiling ini adalah satu kejayaan besar untuk negara, sekali gus menunjukka­n tahap keseriusan negara dalam membendung aktiviti penyeludup­an hidupan liar.

Tindakan ini juga adalah salah satu obligasi negara di bawah CITES,” katanya.

Beliau berkata, sisik tenggiling kerap diseludup ke China susulan kepercayaa­n bahawa ia mempunyai kebaikan memulihkan pelbagai penyakit.

“Sisik tenggiling mendapat permintaan tinggi kerana ia banyak digunakan dalam perubatan tradisiona­l Cina dan harga sisik haiwan itu boleh mencecah sehingga RM12,800 untuk satu kilogram,” katanya.

JKDM sebelum ini turut mematahkan cubaan menyeludup sisik tenggiling seberat 6,160kg bernilai RM78 juta di Pelabuhan Utara, Selangor pada 1 April lalu.

Cubaan menyeludup sisik tenggiling itu dikesan sepasukan anggota JKDM Zon Tengah Unit II selepas menahan dan memeriksa sebuah kontena.

Siasatan mendapati sisik tenggiling itu disembunyi di sebalik guni berisi gajus.

 ??  ?? PEGAWAI Perhilitan menjalanka­n tugas melupuskan sisik tenggiling di Pusat Kualiti Alam, Seremban, Negeri Sembilan.
PEGAWAI Perhilitan menjalanka­n tugas melupuskan sisik tenggiling di Pusat Kualiti Alam, Seremban, Negeri Sembilan.
 ??  ?? HASIL rampasan kes penyeludup­an sisik tenggiling dari 2017 hingga 2019.
HASIL rampasan kes penyeludup­an sisik tenggiling dari 2017 hingga 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia