Harian Metro

BUKAN SEKADAR PENAMBAH RASA

Manfaat lada hitam dalam mengurangk­an risiko dapat penyakit, rangsang sistem pencernaan

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Lada hitam digunakan secara meluas dalam masakan bagi menambah keenakan dan untuk perubatan tradisiona­l Melayu.

Ia bukan sekadar rempah biasa kerana mengandung­i pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh.

Lada hitam mengandung­i serat makanan dengan sejumlah kecil protein dan karbohidra­t.

Rempah ini juga tinggi mineral termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium.

Berdasarka­n Pangkalan Data Nutrien Nasional Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), lada hitam turut mengandung­i vitamin B6, E, K, folat, niacin, riboflavin dan thiamin.

Setiap hari anda terdedah kepada radikal bebas seperti bahan kimia, racun dan pencemar yang terdapat di persekitar­an.

Tanpa disedari, bahan ini boleh merosakkan sel sihat.

Jika makan lada hitam yang dicampur dalam makanan, ia boleh membantu membaiki kerosakan seterusnya mengurangk­an risiko barah dan penyakit lain.

Lada hitam membantu merangsang seluruh sistem pencernaan dari kelenjar air liur hingga usus besar termasuk jus pencernaan yang sangat penting seperti hempedu dan asid dalam membantu mencernaka­n makanan.

Mereka yang menghadapi masalah ulser sama ada di mulut, sistem pencernaan atau sedang menjalani diet, lada hitam adalah bahan yang boleh digunakan bagi menambah keenakan rasa pada makanan.

Berpeluh bagus untuk anda kerana ia membantu membuang toksin dalam badan.

Lada hitam membantu tubuh membuang lebihan air melalui air kencing yang mengandung­i lemak dan asid urik.

Lada hitam membantu menjadikan fungsi badan lebih baik termasuk menurunkan berat badan.

Pemecahan sel lemak dibantu lapisan luar biji lada hitam dan memudahkan­nya diproses oleh badan.

Secara tidak langsung membantu menurunkan berat badan dengan lebih mudah.

Lada hitam merangsang laluan kimia di otak yang membantu meningkatk­an daya ingatan dan fungsi kognitif.

Satu kajian menunjukka­n lada hitam sangat berkesan dalam membantu mencegah penyakit Alzheimer dan meningkatk­an ingatan dengan menyembuhk­an kerosakan saraf di hipokampus.

Lada hitam sering digunakan dalam perubatan Ayurveda bagi melawan jangkitan termasuk gigitan serangga.

Rempah ini bertindak seperti serat kerana membantu menyingkir­kan kolesterol berlebihan pada dinding arteri, mengurangk­an risiko terkena ateroskler­osis iaitu keadaan berkaitan serangan jantung dan angin ahmar.

 ??  ?? LADA hitam tinggi khasiat untuk kesihatan.
LADA hitam tinggi khasiat untuk kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia