Harian Metro

Pulihara perahu sagor 100 tahun

-

Alor Setar: Seorang bekas pekerja Istana Anak Bukit, di sini, menyerahka­n perahu sagor berusia 100 tahun kepada Muzium Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi dipulihara untuk tatapan generasi akan datang.

Mat Isa Sudin, 97, berkata, perahu yang dikorek atau diperbuat menggunaka­n pokok bongor yang diambil di Gunung Keriang itu diterima daripada seorang rakan ketika Perang Dunia Kedua.

“Perahu ini menjadi pengangkut­an utama bagi penduduk kampung suatu ketika dahulu untuk membawa penumpang, menangkap ikan, udang dan sebagainya.

“Saya pernah menggunaka­n perahu kecil ini menyusuri Sungai Anak Bukit sehingga ke Tanjung Chali bersama dua penumpang sebelum menyimpann­ya,” katanya.

Mat Isa berkata demikian i selepas menyerahka­n perahu sagor itu kepada Pengarah Muzium UUM, Dr Mohd Kasri Saidon di rumahnya di Kampung Chegar, Anak Bukit di sini, semalam.

Hadir sama, wakil Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

Warga emas itu sebelum ini pernah bekerja di bawah tiga Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah, Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Sultan Badlishah.

Mat Isa atau lebih dikenali sebagai Pak Cha berkata, kali terakhir perahu sepanjang lima meter dengan lebar tiga meter itu digunakan adalah 20 tahun lalu.

Katanya, faktor usia selain bimbang semakin reput menyebabka­n dia berasa sudah tiba masanya ia diserahkan kepada pihak yang mampu menjaga dan memulihara­nya.

Sementara itu, Dr Mohd Kasri berkata, perahu berkenaan didapati mempunyai kerosakan hingga 30 peratus, namun masih boleh dipulihara sebelum diletak di Muzium UUM.

Katanya, perahu itu sukar ditemui selain mampu memberi nilai tambah kepada Muzium UUM dalam menarik lebih ramai pengunjung termasuk dari negara jiran.

Perahu itu sukar ditemui selain mampu beri nilai tambah kepada Muzium UUM

Dr Mohd Kasri Saidon

 ??  ?? MAT Isa (dua dari kiri) dan Dr Mohd Kasri (kiri) melihat keadaan perahu sagor di Kampung Chegar sebelum dipindahka­n ke Muzium UUM, semalam.
MAT Isa (dua dari kiri) dan Dr Mohd Kasri (kiri) melihat keadaan perahu sagor di Kampung Chegar sebelum dipindahka­n ke Muzium UUM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia