Harian Metro

Pekerjaan masa depan dianjak akibat pandemik

Insentif disalur kerajaan bantu golongan pekerja adaptasi norma baharu

-

Siapa sangka, pekerjaan seperti juruterban­g dan banyak lagi kini terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Ramai yang terduduk pada era yang serba mencabar ini, tetapi inovasi membawa mereka ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka.

Menariknya, pelbagai cara dan usaha dibuat untuk meneruskan kelangsung­an hidup. Tular di media sosial baru-baru ini bekas juruterban­g berpakaian seragam membuka gerai makanan di Subang yang mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Begitu juga dengan

Abdul Karim (bukan nama sebenar), seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta dengan gaji bulanan cukup untuk menampung sorang anak yang masih kecil dan isteri yang tidak bekerja.

Beliau tinggal di pinggiran bandar raya dan menyewa sebuah apartmen dengan sewa RM900 sebulan.

Walaupun mempunyai sebuah kereta buatan tempatan, Abdul Karim berulang-alik ke tempat kerjanya dengan motosikal bagi menjimatka­n perbelanja­an minyak dan tol.

Apabila kerajaan memperkena­lkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, Abdul Karim menerima tempias. Syarikatny­a tidak berupaya untuk membayar gaji tetapi berjanji kepada pekerja-pekerjanya, mereka boleh kembali bekerja seperti biasa apabila keadaan menjadi reda.

Abdul Karim dan mereka yang senasib dengannya buntu. Untuk meneruskan kelangsung­an hidup,

Abdul Karim mengambil keputusan untuk menawarkan khidmat membeli-belah kerana ramai yang tidak berani keluar rumah ketika itu.

Dengan sikapnya yang peramah, beliau bersyukur kerana mendapat tempahan yang tidak putus-putus terutama daripada warga tua. Upahnya melebihi pendapatan bulanan yang diperoleh dari tempat kerjanya.

Kini, beliau kembali bertugas walaupun terpaksa menerima potongan gaji memandangk­an pendapatan syarikat tidaklah semewah dahulu.

Masalah Abdul Karim dan pekerja yang diberhenti­kan, dipotong gaji atau dipotong elaun giat dibincangk­an di dalam mesyuarat Jawatankua­sa Ekonomi APEC yang diadakan bulan lalu.

Sekumpulan pakar dari ekonomi Persidanga­n Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bertemu secara maya baru-baru ini bagi membincang­kan tindakan di dalam menentukan arah pekerjaan di masa hadapan.

Ini termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan, pertambaha­n warga tua dan yang menjalanka­n pekerjaan informal.

Mereka bersependa­pat perlindung­an sosial harus disediakan untuk golongan yang kurang bernasib baik ini termasuk memastikan mereka dapat mengadapta­sikan norma baharu agar tidak tercicir.

Ini termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan automasi, pertambaha­n warga tua dan yang menjalanka­n pekerjaan informal.

Perlindung­an sosial perlu disediakan untuk golongan kerana ini adalah hak setiap insan.

Perbincang­an turut menjurus kepada mengoptimu­mkan potensi insan dalam menghadapi masa depan tidak menentu menggunaka­n teknologi serta memacu kemampanan inovasi.

Cara menjalanka­n perniagaan juga turut bertukar di dalam mengadapta­sikan norma baharu untuk terus relevan kepada pelanggan.

Impak pandemik yang membunuh lebih satu juta penduduk dunia memberi kesan kepada perniagaan, tidak kira saiz dan lokasi operasi.

Untuk terus menjadi relevan, banyak perniagaan dan institusi pelaburan menggunaka­n Matlamat Pembanguna­n Lestari (Sustainabl­e Developmen­t Goals) di dalam DNA mereka.

Kemelut yang tidak pernah berlaku sebelum ini harus ditangani dengan bijak agar ketika rakyat berdepan dengan pandemik Covid-19, kebajikan mereka harus dijaga dan ekonomi perlu diteruskan.

Dianggarka­n ada 38 peratus pekerja di negara ini berkecimpu­ng dalam sektor tidak formal.

Ramai juga yang mengambil upah menghantar bungkusan. Mereka digaji mengikut jumlah penghantar­an yang dibuat. Tidak kurang juga yang berjinak-jinak berniaga dengan membuka gerai.

Mereka yang terbabit dalam perniagaan tidak formal perlu diberi perlindung­an, baik insurans atau dana ketika di dalam kesusahan.

Masalah yang dihadapi golongan pekerja di Malaysia berlaku juga di seluruh dunia. Begitupun, kita bernasib baik kerana kerajaan mengumumka­n pelbagai insentif, di antaranya Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Prihatin dan Pelan jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) sebagai bantuan tambahan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut mengumumka­n pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjaya menyelamat­kan lebih dari 2.75 juta pekerjaan dan lebih dari 800,000 perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana, selain dari

Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang merangkumi keperluan kaum wanita terutama dari segi kewangan.

Ini persidanga­n APEC yang kedua dihoskan Malaysia selepas menjadi tuan rumah pada 1998. Persidanga­n kali ini unik disebabkan semua mesyuarat diadakan secara maya.

Kementeria­n Perdaganga­n

Antarabang­sa dan Industri merupakan sekretaria­t kebangsaan persidanga­n kali ini.

 ??  ?? KAPTEN Azrin Mohamad Zawawi, 44, membuka gerai makanan dengan berpakaian seragam juruterban­g di Subang Jaya, Selangor.
KAPTEN Azrin Mohamad Zawawi, 44, membuka gerai makanan dengan berpakaian seragam juruterban­g di Subang Jaya, Selangor.
 ??  ?? PENGHANTAR makanan, Siti Khadijah Suhaimi, 29, menggunaka­n basikal untuk menghantar makanan di sekitar pekan Ipoh, Perak.
PENGHANTAR makanan, Siti Khadijah Suhaimi, 29, menggunaka­n basikal untuk menghantar makanan di sekitar pekan Ipoh, Perak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia