Harian Metro

SATU HANYA RM1

Wanita jual 55 juadah sarapan pada harga RM1 setiap satu

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

“Niat saya bukan nak untung sangat, tetapi lebih kepada membantu orang ramai yang memerlukan,” kata Nurul Hidayu Zulkifli.

Nurul Hidayu, 34, dari Kampung Tasik Padang Khabor, dekat sini, tular di media sosial apabila menjual 55 menu sarapan termasuk nasi goreng, nasi minyak, nasi lemak dan pelbagai kuih-muih dengan harga RM1 setiap satu.

Katanya, dia menjalanka­n perniagaan itu sejak 14 Oktober lalu dengan hanya empat menu. “Bagaimanap­un, sambutan diterima sangat menggalakk­an menyebabka­n saya menambah jumlah menu makanan dijual dan kini ada 55 menu makanan dijual yang semuanya berharga RM1 setiap satu.

“Saya menyasarka­n 100 jenis menu dijual bermula tahun hadapan dalam usaha mempelbaga­ikan pilihan selain memenuhi permintaan pelanggan,” katanya ditemui, semalam.

Nurul Hidayu berkata, dia seronok dan mendapat kepuasan apabila makanan dijualnya itu laris serta habis dalam tempoh sejam. Menurutnya, ada pelanggan datang bersama enam anak dan mereka seronok kerana dapat memilih dua hingga tiga menu untuk setiap seorang berbanding membelinya di kedai lain.

“Semua makanan dijual itu disediakan 10 ahli keluarga terdekat termasuk ibu saudara, adik-beradik dan sepupu yang menyediaka­n tiga hingga empat menu setiap seorang.

“Kebiasaann­ya pelanggan membeli tiga hingga 10 juadah seorang manakala nasi minyak dan nasi lemak paling laris,” katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluargany­a akan meneruskan perniagaan itu selagi mendapat sambutan dan perniagaan­nya dimulakan jam 7 pagi setiap hari.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI pilihan juadah disediakan.
PELBAGAI pilihan juadah disediakan.
 ??  ?? ORANG ramai memenuhi gerai makanan berharga RM1 setiap satu di Kampung Tasik Padang Khabor.
ORANG ramai memenuhi gerai makanan berharga RM1 setiap satu di Kampung Tasik Padang Khabor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia