Harian Metro

‘Majlis konvo’ di rumah

-

Kuala Lumpur: “Usaha keluarga saya mengadakan ‘majlis konvokesye­n’ ringkas di rumah sedikit mengubat kekecewaan saya kerana tidak dapat meraikan hari paling dinanti bagi setiap penuntut,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perniagaan (Pengurusan Keusahawan­an Komputer), Ahmad Nabil Ismail, 25.

Graduan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Informatio­n Technology (UniKL MIIT) itu berkata, dia kecewa kerana tidak dapat merasai istiadat konvokesye­n disebabkan penularan Covid-19.

“Saya sudah tahu lebih awal skrol ijazah hanya akan diberi melalui perkhidmat­an penghantar­an.

“Ibu dan kakak yang memberi idea majlis konvokesye­n di rumah itu sebagai tanda menghargai penat lelah usaha saya selama dalam tempoh pengajian.

“Malah, ibu juga sanggup menyarung kembali pakaian seragamnya demi menampakka­n majlis itu lebih formal,” katanya kepada Harian Metro.

Kisah Ahmad Nabil tular di laman sosial selepas memuat naik video ‘majlis konvokesye­n’ ringkas di rumahnya di Kepong di sini, di akaun Twitter.

Video berdurasi satu minit lapan saat itu menarik perhatian warganet apabila ibunya yang juga pesara pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Alimah Aburi, 60, menjadi penyerah skrol dan suara latar panggilan namanya pula dilakukan kakaknya, Farah Hanan Ismail, 30.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia berharap perkongsia­nnya itu memberi kegembiraa­n kepada penuntut yang senasib dengannya.

“Tidak sangka video itu juga tular di Facebook sehingga ramai rakan pencen ibu menghubung­inya berkongsi kisah.

“Pada awalnya sedih tetapi sekurang-kurangnya ada juga memori konvokesye­n bersama keluarga yang boleh disimpan walaupun diadakan secara tidak formal,” katanya yang tamat pengajian Oktober lalu.

 ??  ?? ALIMAH (kiri) menyampaik­an skrol ijazah kepada anaknya, Nabil pada majlis ringkas di rumah.
ALIMAH (kiri) menyampaik­an skrol ijazah kepada anaknya, Nabil pada majlis ringkas di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia