Harian Metro

20 kertas siasatan skim pelaburan dalam talian

-

Kuala Lumpur: Polis membuka 20 kertas siasatan daripada 46 laporan berhubung penipuan skim pelaburan dalam talian membabitka­n kerugian lebih RM500,000 dalam tempoh dua bulan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob berkata, skim pelaburan terbabit dikenali Like and Share, Isharefans, Zan Zan Le, Test Fight dan Queqiabao.

Menurutnya, kebanyakan mangsa mendapat maklumat pelaburan itu melalui iklan di Facebook apabila diminta memberikan nombor telefon untuk dihubungi di WhatsApp.

“Suspek akan memberikan pautan laman web dan mangsa perlu memasukkan nombor telefon serta akaun bank.

“Suspek kemudian memberikan kod untuk melihat jumlah keuntungan yang didaftarka­n atas nama mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa dikehendak­i melakukan tugasan Like and Share di laman sosial TikTok atau Youtube dengan setiap tanda suka dan perkongsia­n itu menerima RM1 yang dibayar ke akaun bank mangsa.

Katanya, mangsa turut ditawarkan pakej bayaran RM99 hingga RM9,999 untuk ke peringkat lebih tinggi.

“Kebanyakan mangsa sedar ditipu apabila jumlah keuntungan dijanjikan untuk pengeluara­n tidak dapat dibuat. Malah pautan diberikan juga ditutup,” katanya.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati skim berkenaan menggunaka­n tujuh akaun bank syarikat berasingan dan pemeriksaa­n polis di sebuah premis didaftarka­n di sini, juga sudah ditutup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia