Harian Metro

Teliti kesan Pfizer-BioNTech

Tempoh 3 bulan penggunaan di United Kingdom beri ruang untuk Malaysia kaji keberkesan­an

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Malaysia akan meneliti kesan sampingan dan keberkesan­an vaksin Covid-19 yang akan digunakan pesakit di United Kingdom (UK), minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh tiga bulan penggunaan di negara berkenaan memberi ruang kepada Malaysia untuk meneliti dan mengkaji keberkesan­an vaksin itu.

Menurutnya, vaksin yang digunakan di UK masih belum didaftarka­n dengan badan kesihatan antarabang­sa kerana digunakan dalam keadaan darurat.

“Di Malaysia kita mempunyai akta dan vaksin yang mahu digunakan perlu menjalani ujian keberkesan­an dan kesan sampingan selain didaftarka­n di Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika tempoh tiga bulan pertama kurang kesan sampingan kepada pengguna di UK, (maka) ini akan menyakinka­n kita menggunaka­n vaksin berkenaan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, semalam.

UK dijangka menggunaka­n vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech yang sudah diluluskan untuk kegunaan umum mulai minggu depan.

Ia menjadikan UK sebagai negara Barat pertama yang bakal menggunaka­n vaksin berkenaan.

Katanya, vaksin yang akan diterima Malaysia kelak perlu didaftar dan kini masih menjalani ujian klinikal fasa tiga dan sebarang keputusan dibuat berdasarka­n data diperoleh menerusi ujian berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM sudah mengatur langkah strategik untuk berdepan dengan banjir yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bersama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sudah meneliti aspek yang akan digunakan sekiranya banjir berlaku bagi mengelak penularan Covid-19.

“Vaksin yang mahu digunakan perlu menjalani ujian keberkesan­an

Dr Noor Hisham

 ??  ?? PETUGAS Jabatan Kesihatan Daerah Klang mengambil sampel penduduk setempat yang hadir membuat ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, Klang.
PETUGAS Jabatan Kesihatan Daerah Klang mengambil sampel penduduk setempat yang hadir membuat ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia