Harian Metro

Lembah Klang 334 kes

-

Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 menunjukka­n penurunan dengan 851 kes direkodkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 68,020 kes dengan kebolehjan­gkitan 10,686 kes.

Menurutnya, Lembah Klang merekodkan 334 kes dengan 249 dilaporkan di Selangor manakala Sabah mencatatka­n 249 diikuti Johor sebanyak 102.

“Sebanyak 17 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitka­n Kluster Tembok (14 kes), Kluster Matambai (dua kes) dan Kluster PTS Sibuga (satu kes).

“Sehingga kini, terdapat 122 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM merekodkan dua lagi kematian dengan jumlah keseluruha­n setakat ini 365 kes.

Beliau berkata, dua kematian itu membabitka­n dua lelaki berusia 63 dan 84 tahun di Hospital Queen Elizabeth dan mempunyai rekod penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan asma. Katanya, KKM juga merekodkan lima lagi kluster baharu semalam.

851 kes positif direkodkan semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia