Harian Metro

Kerajaan Pahang nafi laksana PKPD di 3 daerah

-

Kuantan: Kerajaan negeri Pahang menafikan akan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Bentong susulan satu kes positif Covid-19.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak berkata, Jawatankua­sa Task Force Covid-19 Pahang giat melaksanak­an proses pengesanan kontak rapat dan membuat penilaian risiko terhadap kes terbabit.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak menyebarka­n berita palsu dan merujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat tepat.

“Bagi menyekat penularan Covid-19, masyarakat dinasihat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan mengamalka­n penjarakan fizikal satu meter.

“Selain itu, pakai pelitup muka terutama ketika berada di tempat awam, mengelakka­n di kawasan yang sesak, sempit dan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Semalam, tular di media sosial bahawa kerajaan negeri Pahang akan melaksanak­an PKPD secara pentadbira­n di Kuantan, Pekan dan Bentong susulan satu kes positif membabitka­n seorang wanita yang dikatakan mempunyai ramai kontak rapat.

 ??  ?? PENGUSAHA kenderaan ATV, Umie Shahidah Hamzah, 28, mensanitas­i ruangan tempat duduk kenderaan sewaannya itu bagi keselamata­n pelanggan sebelum memulakan operasi di Pantai Kempadang, Kuantan.
PENGUSAHA kenderaan ATV, Umie Shahidah Hamzah, 28, mensanitas­i ruangan tempat duduk kenderaan sewaannya itu bagi keselamata­n pelanggan sebelum memulakan operasi di Pantai Kempadang, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia