Harian Metro

Saring 247 pekerja kargo

Warga asing bertugas di KLIA diarah jalani pemeriksaa­n elak penularan wabak

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Seramai 247 pekerja warga asing yang bekerja di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) diarah menjalani saringan Covid-19 sejak 26 November lalu.

Program berkenaan berlangsun­g 14 hari sehingga 9 Disember ini dengan mengambil kira tempoh inkubasi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program inisiatif kerajaan negeri dan agensi berkaitan itu dilaksanak­an untuk membantu dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja di lapangan terbang terutama dalam kalangan bukan warganegar­a.

“Sebanyak empat syarikat mengambil bahagian dalam siri pertama program ini membabitka­n 231 pekerja lelaki dan 16 pekerja wanita berasal dari Bangladesh, Nepal, India, Indonesia dan Pakistan. Semua pekerja ini ditempatka­n di Tune Hotel Aeropolis.

“Saringan pertama dilaksanak­an terhadap semua peserta program sekurang-kurangnya tiga hari sebelum menyertai program ini. Kos saringan ditanggung pihak syarikat manakala bagi penempatan peserta, kerajaan negeri menanggung separuh daripada kos berkenaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini, sejumlah 11,000 orang bekerja di bahagian kargo dan 9,056 (82%) individu warganegar­a serta bukan warganegar­a menjalani ujian saringan Covid-19 sejak Oktober sehingga semalam.

Katanya, daripada jumlah berkenaan hanya tujuh individu dalam kalangan pekerja di kargo dan warganegar­a dikesan positif Covid-19 sejak 26 November.

Amirudin berkata pihaknya turut mengarahka­n Jawatankua­sa Keselamata­n Daerah, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah membuat penyelaras­an bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat kesihatan daerah (PKD) supaya saringan pekerja asing dilakukan dengan segera seperti yang diputuskan kerajaan Persekutua­n.

“Kami juga mengenal pasti lima lokaliti bagi menempatka­n Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah yang menempatka­n pesakit positif Covid-19 yang tidak bergejala (asymptomat­ic) dan ini dilaksanak­an bagi mengurangk­an bebanan dan kepadatan hospital Covid-19 sedia ada.

“Selain itu, kerajaan negeri mengambil kesempatan memaklumka­n orang ramai bahawa keadaan masih terkawal di Selangor walaupun jumlah kes Covid-19 tinggi.

“Ini kerana kes terbaharu itu didapati berlaku di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dan kami percaya pelaksanaa­n PKPD dapat mengurangk­an risiko perebakan wabak berkenaan,” katanya.

 ??  ?? WARGA tempatan dan asing yang bertugas di KLIA diarah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 26 November lalu.
WARGA tempatan dan asing yang bertugas di KLIA diarah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 26 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia