Harian Metro

Redah 80 kilometer demi i-Sinar

-

Kuala lumpur: Ibarat penyambung kelangsung­an hidup mereka. Itu yang dirasakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat pandemik Covid-19, hingga sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata mahu ke pejabat badan pengurusan wang itu, semalam.

James Jana, 45, dari Bau, Sarawak menunggang motosikal hampir 80 kilometer (km) untuk ke pejabat KWSP di Jalan Simpang Tiga, Kuching bagi mendaftar i-Akaun dan mendapatka­n maklumat mengenai Program i-Sinar yang membolehka­n pencarum terjejas membuat pengeluara­n Akaun 1.

Katanya, pada mulanya dia memaklumka­n menerima maklumat bahawa pengeluara­n di bawah program itu boleh dilakukan semalam.

“Ada (orang) yang memberitah­u saya, pengeluara­n (i-Sinar) boleh dibuat mulai hari ini (semalam), sebab itu saya datang.

“Saya memerlukan wang selepas tidak lagi bekerja sejak April lalu. Saya puas hati dengan penjelasan pegawai KWSP dan sudah pun mendaftar i-Akaun selain dapatkan maklumat bagi i-Sinar,” katanya.

Desakan hidup sama yang dirasai Ahmad Nasri Abu, 44, juga mendorong dia menempuh perjalanan lebih 30km dari rumahnya di Padang Terap ke pejabat KWSP di Alor Setar, Kedah.

Menurutnya, dia juga tidak kisah berbaris panjang dan hanya bersabar menunggu giliran asalkan dapat berurusan bagi membolehka­n membuat pengeluara­n di bawah i-Sinar.

Katanya, wang yang mahu dimohon sebanyak RM6,000 amat diperlukan untuk meneruskan kelangsung­an hidup keluargany­a.

“Sebelum ini saya bekerja kilang di Pulau Pinang, namun berhenti sejak tiga tahun lalu dan pulang ke kampung serta menoreh getah.

“Disebabkan penyakit batu karang kronik dihidapi sejak dua tahun lalu, saya sukar melakukan kerja berat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia