Harian Metro

Kaunter khas bantu pencarum

-

Kuala Terengganu: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Terengganu menyediaka­n kios dan kaunter khas untuk membantu pencarum mendaftar i-Akaun selain mengemas kini penyata simpanan masing-masing.

Ketuanya Rahmat Ali berkata, semua pejabat cawangan di negeri itu juga dibuka seperti biasa selepas Terengganu diisytihar di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 21 November lalu dengan waktu pengoperas­ian bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Katanya, perkhidmat­an kios pula beroperasi antara jam 7 pagi hingga 9 malam berbanding sebelum ini jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Cawangan KWSP Terengganu beroperasi seperti biasa dan hari ini (semalam), pencarum yang datang kebanyakan­nya untuk mengemas kini penyata dan mendaftar i-Akaun mereka.

“Bagi urusan lain, kita menyediaka­n lima kaunter perkhidmat­an yang mana pencarum buat janji temu secara dalam talian di laman web KWSP terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter, bagi mengelak kesesakan memandangk­an kita masih berdepan dengan Covid-19.

“Semalam (kelmarin) sahaja, hampir 1,000 pencarum datang untuk mengemas kini akaun dan mendaftar i-Akaun,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pencarum, Mohd Jais Ismail, 39, ketika ditemui berkata, dia mengambil kesempatan mendaftar i-Akaun untuk memudahkan urusannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia