Harian Metro

Sebak kenang nasib Adam

-

Kuala Lumpur: Sebak dan geram mengenangk­an nasib menimpa Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusair­i, 4, yang maut selepas dicampak datuk tirinya, Ahad lalu.

Muhammad Rafieudin Zainal Rasit dari Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) berkata, perasaan itu menyelubun­gi dirinya ketika menguruska­n jenazah kanak-kanak malang itu kelmarin.

Menurutnya, dalam keadaan pelbagai musibah yang berlaku kini, masih ada insan yang diuji sebegini hebat sehingga meragut nyawa kanak-kanak itu.

“Sebak ketika memandikan dan mengkafank­an jenazah Adam kerana terkenangk­an anak di rumah yang hampir sebaya dengannya.

“Sepatutnya di usia sebegini, Adam pasti gembira bermain dengan kanak-kanak sebaya namun dia diuji sebegini hebat dengan kematian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik jenazah Adam dibenarkan untuk diuruskan, ibu mangsa yang masih dirawat diusung ke bilik forensik bagi menatap kali terakhir wajah anaknya.

Katanya, suasana pilu dan tangisan memenuhi kesunyian kawasan berkenaan atas kematian yang begitu tragis.

“Saya bersyukur kerana segala urusan sehingga Adam dikebumika­n berjalan lancar dan SPJM dapat melunaskan amanah diberikan keluar Allahyarha­m.

“Jenazah Adam selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di Setapak jam 9.30 malam,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 8 pagi Ahad lalu, Adam meninggal dunia selepas dicampak datuk tirinya yang juga warga Nigeria dari tingkat tiga apartmen berkenaan.

Suspek juga mencederak­an tiga ahli keluarga mangsa sebelum terjun dari tingkat sama dan ditangkap penduduk serta diserahkan kepada polis.

Siasatan mendapati, suspek warga Nigeria berusia 42 tahun cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu.

Sebak ketika memandikan dan mengkafank­an jenazah Adam Muhammad Rafieudin

 ??  ?? PASUKAN forensik melakukan siasatan di tempat kejadian Muhammad Adam Sufi dicampak datuk tirinya di Danau Kota.
PASUKAN forensik melakukan siasatan di tempat kejadian Muhammad Adam Sufi dicampak datuk tirinya di Danau Kota.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Adam Sufi
MUHAMMAD Adam Sufi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia