Harian Metro

Siti paling banyak distrim melalui Spotify

-

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diumumkan sebagai penyanyi atau Artis Malaysia Paling Banyak Distrim Sepanjang 2020 (Spotify Wrapped) menerusi penstriman muzik Spotify.

Menerusi carta Top 5 itu, turut tersenarai penyanyi K-Clique, Faizal Tahir, YonnyBoii dan Naim Daniel.

Siti, 41, berkata, dia bersyukur apabila lagu nyanyianny­a didengar di mana-mana.

“Saya bersyukur sebab lagu saya masih didengari dan saya baca komen selepas Spotify umumkan bahawa peminat saya memang akan strim lagu saya.

“Ada yang kata mereka dengar sepanjang di pejabat, dalam perjalanan iaitu dalam kereta, di rumah sepanjang hari atau sebelum mereka tidur. Ini membuatkan saya sangat-sangat terharu.

“Ini membuatkan saya bersemanga­t untuk terus menghasilk­an lagu atau album kerana saya berterima kasih karya saya didengar,” katanya.

Menurut Siti, dia bertuah kerana lagu-lagu dan album yang dihasilkan masih mendapat biarpun ramai penyanyi baru muncul dengan lagu yang tular.

“Diakui lagu-lagu saya yang dari album terdahulu juga didengari termasuk yang sekarang ini. Apabila lagu kita ada tempat dan ruang di platform digital seperti Spotify, ini juga satu semangat untuk setiap penyanyi menerbitka­n lagu.

“Platform seperti ini juga memberikan kelebihan dan kemudahan untuk peminat strim lagu,” katanya.

“Ini membuatkan saya bersemanga­t untuk terus menghasilk­an lagu Siti

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia