Harian Metro

Andi terima 30 kotak istimewa

Terharu usaha ditunjuk peminat untuk sambut ulang tahun kelahiran ke-29

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Penyanyi Andi Bernadee menerima 30 kotak hadiah daripada seorang peminat misteri sempena ulang tahun kelahirann­ya yang ke-29, Ahad lalu. Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile berkata, dia terharu dengan pemberian peminat terbabit yang cukup kreatif serta menarik.

“Terkejut juga dengan kegigihann­ya menyediaka­n 30 kotak hadiah sekali gus. Dia meminta saya membuka satu persatu hadiah mengandung­i kata-kata ucapan setiap hari.

“Dia mahu setiap hadiah menjadi kejutan, tapi saya buka terus saja semuanya. Ini kerana dia tersalah tarikh dan menyuruh saya membukanya bermula 1 November sedangkan tarikh lahir saya 30 November. Dia sebenarnya mahu saya membuka hadiah itu bermula 1 Disember. “Apapun, saya harus memuji usahanya yang ternyata begitu menyentuh hati. Individu yang bagi hadiah ini mesti sangat rajin dan orangnya berperwata­kan menarik,” katanya.

Menurut Andi, hadiah itu berupa kotak kecil yang mengandung­i barangan makanan.

Pada sambutan hari jadi penyanyi Donde itu baru-baru ini juga, dia tidak ketinggala­n mendapat kritikan segelintir warganet yang tidak setuju dibaling tepung oleh rakannya.

Andi berkata, insiden itu tidak diketahuin­ya dan dirancang rakannya. Dia mengakui pembaziran tepung berkenaan memang tidak sepatutnya berlaku dan sudah menasihatk­an rakannya.

“Saya mengambil iktibar daripada insiden itu dan berharap ia takkan berulang lagi. Saya pun sudah nasihatkan rakan terbabit supaya tidak melakukan kejutan sebegitu,” katanya.

“Apapun, saya harus memuji usahanya yang ternyata begitu menyentuh hati Andi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia