Harian Metro

BTS dibenar tangguh khidmat wajib tentera

-

Seoul: Parlimen Korea Selatan membenarka­n bintang K-pop popular seperti BTS (gambar) menangguh perkhidmat­an wajib ketenteraa­n sehingga berusia 30 tahun melalui satu rang undang-undang yang diluluskan.

Sebelum ini, semua lelaki Korea Selatan berusia antara 18 hingga 28 tahun diwajibkan berkhidmat dalam tentera negara itu selama 20 bulan.

Namun, di bawah undang-undang yang disemak semula, bintang pop tertentu dibenar menangguh perkhidmat­an mereka sekiranya mendapat persetujua­n Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelanconga­n.

Penangguha­n perkhidmat­an ketenteraa­n diberi kepada atlet berprofil tinggi, pemuzik klasik serta pelajar yang melanjutka­n pelajaran ke luar negara di peringkat doktor falsafah.

Di bawah Undang-Undang Perkhidmat­an Ketenteraa­n yang disemak semula, seorang seniman budaya pop yang disarankan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelanconga­n untuk meningkatk­an imej Korea Selatan dalam negara dan seluruh dunia dibenarkan menangguhk­an perkhidmat­an sehingga berusia 30 tahun.

Pindaan itu diusul pada September lalu selepas populariti kumpulan BTS melonjak di luar negara.

“Pindaan akan memberi kelegaan dan menyelesai­kan masalah ini,” kata Jeon Yong-gi dari Parti Demokrat, antara anggota parlimen yang mengusulka­n rang undang-undang itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia