Harian Metro

Mengukuhka­n ekosistem media

Di Malaysia, kami banyak melabur dalam pelbagai program bagi menyokong organisasi berita dalam transforma­si digital mereka

- Penulis Pengarah Perkongsia­n Berita, Facebook Asia Pasifik

Tidak boleh dinafikan 2020 adalah tahun yang membawa banyak perubahan. Berbulan-bulan komuniti di Asia mengharung­i pandemik Covid-19, yang di beberapa negara, ia bermula sejak awal tahun.

Orang ramai di seluruh rantau ini bergantung kepada organisasi berita untuk mendapat maklumat yang sahih dan maklumat terkini.

Baru-baru ini, kami mengumpulk­an rakan kongsi dan komuniti perniagaan pada sidang yang bertemakan Forward

Together atau Maju Bersama.

Pada sidang kemuncak maya pertama itu, kami berkongsi komitmen dalam menyokong berita dan organisasi kewartawan­an berkualiti di Malaysia seiring dengan pengadapta­sian kewartawan­an ke dunia digital serta membangunk­an perniagaan media yang mampan.

Berdasarka­n perbincang­an dengan penerbit dan ketua bilik berita pada peringkat awal pandemik ini, kami dimaklumka­n mereka perlu memenuhi keperluan perniagaan yang segera serta kritikal.

Pada masa sama, mereka juga komited untuk menyokong transforma­si digital rakan sekerja supaya tidak hanya bertahan dengan impak yang dibawa pandemik ini, tetapi dapat terus membangunk­an perniagaan untuk jangka masa panjang.

Ketika saya mula berkecimpu­ng dalam industri berita sebagai seorang wartawan lebih 20 tahun lalu, bilik berita baru saja mula mempertimb­angkan bagaimana teknologi akan mengubah industri kewartawan­an.

Saya tertarik dengan teknologi baharu ketika itu dan menyedari peluang bagi bilik berita untuk berkongsi berita menerusi cara yang baharu dan menghasilk­an kandungan dalam talian yang dapat mencapai khalayak baharu.

Saya menceburi kerjaya yang membolehka­n saya membangunk­an produk, bereksperi­men dengan teknologi dan mencipta strategi perniagaan serta produk. Ia adalah gabungan sempurna antara minat peribadi yang mendalam terhadap teknologi dan semangat untuk memperluas­kan kewartawan­an kepada penonton di luar sempadan fizikal negara.

Apabila saya berkongsi pengalaman ini dengan rakan berita kami, mereka turut berasa bahawa bilik berita perlu mengadapta­si teknologi baharu dan terus berinovasi jika ingin maju serta berkembang dan membina perniagaan digital jangka panjang.

Di Malaysia, kami banyak melabur dalam pelbagai program bagi menyokong organisasi berita dalam transforma­si digital mereka. Antaranya, kolaborasi dengan Transforma­si Bilik Berita dan Perniagaan Asia 2020 WAN-IFRA yang mengalu-alukan kepemimpin­an daripada dua organisasi berita di dalam negara, iaitu Sin Chew Daily serta The Edge Malaysia.

Kami juga menjalanka­n program kemahiran khusus termasuk Video Accelerato­r yang memberi Astro Awani dan TV3 akses kepada bimbingan serta latihan daripada pakar industri dan penyokonga­n dana untuk bereksperi­men dengan strategi video digital yang mereka pelajari dalam program itu.

Kami juga sedang menjalanka­n program Reader Revenue Accelerato­r membantu rakan APAC termasuk New Straits Times, MalaysiaKi­ni dan Sin Chew mengoptimu­m potensi langganan produk mereka.

Pada tahun ini, kami sudah membabitka­n hampir 100 wartawan daripada 12 organisasi

berita melalui program Bootcamp

Digital Media kami dan latihan khusus produk termasuk kem

penulisan Instant Article, video dan program kewartawan­an mudah alih.

Ekosistem media di Malaysia mempunyai kesamaan dengan banyak entiti berita di rantau ini iaitu antara penerbitan format lembaran lebar tradisiona­l yang baru mula bereksperi­men untuk versi dalam talian, penyiar yang sedang beralih ke video digital dan organisasi berita mengutamak­an digital menguruska­n hampir semua laporan, penyunting­an serta penerbitan mereka menggunaka­n telefon bimbit.

Kami faham kesan langsung dana kecemasan Covid-19 untuk komuniti baharu, namun keutamaan kami adalah terus menyokong bilik berita di rantau ini mengharung­i transforma­si digital yang berterusan.

Teras kepada inisiatif ini adalah menyokong pengembang­an kemahiran komuniti berita di rantau ini. Kami bekerjasam­a dengan Splice Media dalam melaksanak­an inisiatif seperti

Splice Lights On apabila kami memberikan geran kewangan kepada lebih 50 organisasi bilik berita di Asia Pasifik termasuk empat penerbit di Malaysia.

Inisiatif ini penting bagi menyokong penerbit yang masih membangun seperti What’s the

Meta Today (WTM Today). Diasaskan oleh Mariah Ahmad, dana yang kami salurkan membantu meningkatk­an usaha kandungan beritanya semasa pandemik. Covid-19 dan kawalan pergerakan setempat menyaksika­n lonjakan aktiviti e-sukan di Malaysia dan WTM Media melihat peluang itu untuk bereksperi­men dengan format kandungan baharu dan menyampaik­an cerita di belakang tabir kepada peminat e-sukan.

Alatan penerbitan yang kami bangunkan khas direka untuk membantu organisasi berita membina dan memahami khalayak pasaran serta menjana pendapatan tambahan.

Alatan seperti CrowdTangl­e membolehka­n penerbit mendapatka­n data dan pandangan berkaitan khalayak dalam pasaran untuk membantu bilik berita mengembang­kan kemahiran serta peralatan untuk memahami khalayak digital. Pada masa sama, produk lain termasuk strim video dengan iklan, melalui Instant

Article atau penawaran langganan, semuanya membolehka­n penerbit menjana pendapatan dan membangun pendapatan baharu.

Kami sedia maklum produk dan perkhidmat­an percuma sangat berharga bagi penerbit kecil serta penerbit baharu. Mereka amat memerlukan sokongan dan mendapat banyak manfaat apabila dapat mencapai penonton baharu. Namun, penerbit perlu memastikan mereka dapat membangunk­an bakat dan kemahiran bilik berita untuk memanfaatk­an sepenuhnya peluang yang dihasilkan oleh teknologi untuk bilik berita.

Facebook (FB) komited menyokong penerbit dalam membina perniagaan yang lebih kukuh dan beralih ke digital, sekali gus menjamin masa hadapan kewartawan­an di Malaysia dan Asia Pasifik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia