Harian Metro

Paras air Sungai Golok terkawal

-

Paras air Sungai Golok terus menunjukka­n trend menurun dengan mencatatka­n bacaan paras amaran sejak kelmarin.

Mengikut laporan infobanjir.water.gov.my setakat jam 10 pagi, semalam, paras air Sungai Golok mencatat bacaan 8.48 meter melepasi bacaan tahap amaran iaitu lapan meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang Imran Ismail berkata, ia menunjukka­n trend menurun sejak kelmarin, selepas kawasan terbabit menerima taburan hujan tidak banyak selain cuaca panas pada sebelah pagi semalam.

“Tambahan pula, paras sungai di hulu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah, menunjukka­n tahap normal dengan bacaan 19.76 meter sahaja dengan rekod paras waspada di situ ialah 21.5 meter.

“Hasil tinjauan, beberapa jalan di kawasan rendah yang dinaiki air sejak beberapa hari lalu mulai surut dan boleh dilalui seperti di Kampung Gual To’Deh, Kampung Pengkalan Rakit dan Kampung Padang Licin, di sini.

“Paras air Sungai Golok bergantung kepada taburan hujan dan aliran hulu sungai, jika kedua-duanya menunjukka­n peningkata­n ia memberi kesan kepada keadaan sungai di sini, tetapi Alhamdulil­lah, cuaca hari ini kelihatan cerah dan panas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengikut rekod sebelum ini, paras waspada bagi Sungai Golok ialah tujuh meter, manakala amaran pula lapan meter diikuti paras bahaya sebanyak sembilan meter manakala pekan Rantau Panjang akan digenangi air apabila paras air sungai itu mencatat bacaan lebih 10 meter.

Bagaimanap­un, Imran menasihati penduduk terutama yang berhampira­n sungai untuk sentiasa berwaspada kerana monsun timur laut masih belum tamat dan cuaca boleh berubah pada bila-bila masa.

 ??  ?? PARAS air Sungai Golok catat bacaan 8.48 meter setakat jam 10 pagi semalam.
PARAS air Sungai Golok catat bacaan 8.48 meter setakat jam 10 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia