Harian Metro

Suami isteri ditahan minta wang perlindung­an

-

Sepasang suami isteri dan anak saudara mereka ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap pekerja kilang sebagai wang perlindung­an setiap bulan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pasangan terbabit berusia 35 tahun manakala anak saudara mereka berusia 19 tahun.

Beliau berkata, mereka ditahan sejurus selepas pengadu iaitu lelaki Bangladesh berusia 28 tahun yang juga pekerja sebuah kilang di sini membuat laporan berhubung kejadian itu, kelmarin.

“Berdasarka­n laporan dibuat mangsa, ketiga-tiga suspek berkenaan datang ke rumahnya di Taman Ria Jaya, di sini dengan menaiki kereta Proton Waja dan sebuah motosikal jenis Demak merah.

“Sebaik mereka sampai di hadapan asrama pengadu, mereka memanggil mangsa meminta wang perlindung­an seperti biasa pada awal bulan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Adzli berkata, pengadu kemudian menyerahka­n RM50 kepada seorang lelaki berkenaan.

Beliau berkata, wang perlindung­an itu terpaksa dibayar sejak kira-kira setahun lalu.

“Malah, rakan mangsa yang menyewa rumah asrama lain yang ditanggung kilang tempat mereka bekerja juga membayar bayaran bulanan seperti itu. “Sekiranya pengadu dan rakan yang lain tidak membayar, mereka akan mengugut dan memarahi pengadu,” katanya.

Menurut Adzli, berikutan laporan dibuat pengadu, sepasukan anggota dari Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamata­n Komuniti

(JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang diketuai Superinten­dan Abd Fatah Abd Rahman menahan ketiga-tiga suspek jam 7.45 malam di rumah mereka di Taman Ria Jaya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM544, empat keping resit dan sebuah buku dari suspek pertama.

“Hasil soal siasat awal terhadap suspek pertama mendapati, dia menguruska­n syarikat sekuriti yang menjalanka­n perkhidmat­an sekuriti di kawasan taman perumahan terbabit sejak 2014,” katanya.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mereka direman satu hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia