Harian Metro

Pelanggan baran tampar pipi juruwang

-

Klang:

Hanya kerana dituduh membungkus barang dengan kasar, seorang juruwang wanita sebuah pasar raya ditampar oleh pelanggan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian jam 11.30 malam Isnin lalu, suspek lelaki terbabit dipercayai menampar juruwang itu akibat salah faham.

“Difahamkan, isteri suspek sedang membuat pembayaran dan mendakwa juruwang wanita warga tempatan itu membungkus barang dibeli dengan kasar.

“Isteri suspek menceritak­an hal berkenaan kepada suaminya. Suspek kemudian masuk ke dalam pasar raya itu dengan marah sebelum menampar pipi kiri mangsa.

“Mangsa memaklumka­n ia salah faham. Dia mendakwa membungkus barang tergesa-gesa berikutan pasar raya itu akan ditutup operasi,” katanya, semalam.

Beliau berkata, susulan kejadian sepasukan polis dari cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menahan suspek di rumahnya di daerah ini sekitar jam 8.30 malam kelmarin.

Katanya, suspek berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori ais itu turut memiliki empat rekod lampau membabitka­n jenayah dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kertas siasatan dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk mendapatka­n arahan,” katanya.

Suspek tidak puas hati kerana mangsa didakwa bungkus barang secara kasar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia