Harian Metro

Minta rasuah 20%

Bekas pengarah nafi minta suapan bagi projek pembekalan perkhidmat­an sokongan pelanggan

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Seorang bekas pengarah syarikat telekomuni­kasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan meminta rasuah bagi projek pembekalan perkhidmat­an sokongan pelanggan di Axiata Group Bhd (Axiata).

Kok Chin Peng, 41, membuat pengakuan itu sebaik kertas pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Manirah Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, Chin Peng didakwa meminta suapan 10 peratus bagi pembekalan perkhidmat­an Axiata Servis Pengurusan Bantuan Pelanggan dan 20 peratus bagi pembekalan perkhidmat­an Axiata MIFE

Billing Managed Services pada setiap bulan daripada Lee Kok Seong.

Dia juga didakwa meminta rasuah 24 peratus daripada tuntutan setiap bulan untuk projek Axiata Servis Pengurusan Bantuan Pelanggan,

Axiata MIFE Billing Managed Services dan Apigate’s Onboarding Managed Services serta 19 peratus untuk

projek software enhancemen­t daripada Kok Seng.

Ia sebagai dorongan untuk membantu syarikat Skytree Sdn Bhd bagi mendapatka­n kerja pembekalan perkhidmat­an pelanggan di Axiata Digital Services

Sdn Bhd dan Apigates Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini, antara Ogos 2017 dan September 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddi­n Wan Ladin memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM50,000 seperti di

Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana Chin Peng sudah dituduh di mahkamah itu.

Beliau turut meminta kes berkenaan dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berikutan ia berkait dengan perbicaraa­n di mahkamah terbabit.

Permohonan itu tidak dibantah peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan yang mewakili tertuduh.

Mahkamah membenarka­n kes dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan mengguna pakai jaminan serta syarat tambahan sama.

 ??  ?? KOK didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
KOK didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia