Harian Metro

Isteri warga Nigeria diizin keluar hospital

-

Wanita yang cedera dipukul suami yang juga warga Nigeria di Apartmen Villa Danau, Setapak di sini, pada 29 November lalu sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Rajab

Ahad Ismail berkata, dua lagi anaknya berusia 8 dan 29 tahun masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mangsa yang dibenarkan pulang masih dalam keadaan trauma disebabkan kejadian. Siasatan lanjut masih berjalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia