Harian Metro

Tentera patah cubaan Pati mendarat di pantai

-

Cubaan sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Indonesia untuk memasuki negara ini gagal apabila ditahan di pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil, Johor, semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dilakukan jam 2.20 pagi dalam Operasi Benteng di kawasan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

“Pasukan rondaan menerima maklumat pada 1.20 pagi (semalam) daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anggota petugas Pos Pemerhati melihat pergerakan bot mencurigak­an menghampir­i kawasan persisiran pantai Ladang Sungai Tengah 1, Bandar Penawar, Johor.

“Pasukan tindakan pantas (QRF) kemudian diatur gerak untuk mengesan dan mengepung kawasan berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia