Harian Metro

Daftar niaga percuma

Peniaga OKU bersyukur terima S1OKU1P, zakat SSM RM3,000

- Oleh Murnaena Muhammad Nasir am@hmetro.com.my

“Usah terlalu peduli pandangan orang terhadap kita, yang penting berusaha meningkatk­an taraf hidup,” kata peniaga berstatus orang kurang upaya (OKU), Mohamad Nor Abdullah yang membuka gerai Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat di Cheras di sini, semalam.

Dia ditemui selepas menerima sijil Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) dan serahan zakat korporat Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) berjumlah RM3,000.

Sijil berkenaan diserahkan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mohamad Nor berkata, inisiatif berkenaan memberi peluang kepada warga OKU menceburi bidang perniagaan secara sah.

“Dengan adanya skim pendaftara­n perniagaan secara percuma ini, ia sedikit sebanyak menaikkan semangat golongan seperti saya untuk mengubah nasib,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP merangkap Pengerusi SSM, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Nor Azimah Abdul Aziz.

Mohamad Nor berkata, dia turut bersyukur diberikan gerai percuma di bawah Program Wilayah Prihatin oleh Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, bulan lalu.

“Saya amat berbangga dan teruja apabila Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa hadir mengunjung­i gerai ini, malah tidak kekok duduk makan semeja.

“Bukan itu saja, dengan pemberian gerai percuma, ia memudahkan urusan saya yang dahulunya terpaksa turun naik mengangkat meja dari rumah di tingkat dua menggunaka­n bahu dan kepala,” katanya.

Menurutnya, sambutan terhadap jualannya semakin baik dan dia mampu menjual 150 bungkus nasi lemak setiap hari, malah pernah menerima tempahan tertinggi sehingga 1,000 bungkus.

Sementara itu, Alexander berkata, beliau menyaranka­n OKU memanfaatk­an S1OKU1P yang ditawarkan SSM.

“Mereka bukan saja dapat mendaftark­an perniagaan baharu dan memperbaha­rui pendaftara­n perniagaan secara percuma, malah membolehka­n pinjaman perniagaan dibuat.

“Perniagaan yang berdaftar di bawah SSM juga layak mendapat bantuan ditawarkan kerajaan, latihan kemahiran percuma di samping meningkatk­an keyakinan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, perniagaan berdaftar di bawah skim S1OKU1P ialah seramai 1,686 orang pada Januari hingga Oktober 2020 iaitu hanya meningkat empat peratus berbanding pada 2019 sebanyak 1,618.

 ??  ?? ALEXANDER membeli sebahagian nasi lemak daripada Mohamad Nor selepas penyerahan S1OKU1P dan serahan zakat Korporat SSM di Amber Business Plaza, Cheras, semalam.
ALEXANDER membeli sebahagian nasi lemak daripada Mohamad Nor selepas penyerahan S1OKU1P dan serahan zakat Korporat SSM di Amber Business Plaza, Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia