Harian Metro

Pemberi maklumat rasuah dilindungi

-

Pemberi maklumat mengenai rasuah dan salah laku dalam sektor awam serta swasta dilindungi di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perlindung­an diberikan kepada mereka melalui agensi penguatkua­saan yang digariskan dalam akta berkenaan.

Katanya, agensi penguat kuasa terbabit adalah Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia.

“Objektif penggubala­n Akta 711 itu adalah untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dalam sektor awam serta swasta dengan menggalakk­an orang awam untuk mendedahka­n perbuatan rasuah, selain kelakuan tidak wajar.

“Akta ini juga memberi perlindung­an maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah serta perlindung­an daripada tindakan memudaratk­an. Ia memberi kuasa kepada agensi penguatkua­saan menjalanka­n penyiasata­n terhadap kelakuan tidak wajar dan tindakan memudaratk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan R Sivarasa (PH-Sungai Buloh) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Sivarasa bertanya dasar rasmi kerajaan untuk menubuhkan sistem dan prosedur untuk memberi perlindung­an kepada pemberi maklumat (whistle blowers) dalam perkhidmat­an awam dan semua agensi.

 ??  ?? TAKIYUDDIN
TAKIYUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia