Harian Metro

Biaya modal kerja PKS sehingga RM500,000

-

Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaska­n ada dua dana disediakan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat Covid-19 seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021 iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) dan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).

BNM dalam kenyataan berkata, bagi TRRF, PKS yang layak boleh mendapatka­n pembiayaan bagi tujuan modal kerja sehingga RM500,000 untuk tempoh sehingga tujuh tahun termasuk moratorium sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Kemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun dan boleh diperoleh melalui 21 institusi kewangan peserta, dengan perlindung­an jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporatio­n (CGC).

Kemudahan pinjaman bernilai RM2 bilion untuk membantu PKS yang layak dalam sektor perkhidmat­an itu kini tersedia sehingga 31 Disember tahun depan atau sehingga habis digunakan.

Bagi MEF pula, BNM berkata, kemudahan itu ditambah baik untuk meningkatk­an akses perusahaan mikro kepada kredit yang merangkumi individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (pekerja gig) yang menggunaka­n platform digital dan peserta program iTEKAD, program pembiayaan sosial yang menyokong usahawan mikro dalam golongan B40.

Jumlah peruntukan bagi kemudahan itu ditambahka­n nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta, katanya.

BNM berkata, perusahaan mikro yang layak boleh mendapatka­n pembiayaan untuk tujuan modal kerja dan perbelanja­an modal sehingga RM50,000.

Kadar pembiayaan akan ditetapkan oleh institusi kewangan peserta di mana bagi kemudahan ini, institusi kewangan peserta juga boleh mendapatka­n perlindung­an jaminan daripada CGC atau SJPP.

“Untuk memohon TRRF, PKS yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan masing-masing yang terdiri daripada bank perdaganga­n, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembanguna­n yang dikawal selia oleh BNM menerusi laman web bank berkenaan atau di cawangan institusi kewangan,” katanya.

Untuk TRRF,

PKS boleh memohon terus kepada institusi kewangan masing-masing BNM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia