Harian Metro

‘RAHMAN’ BUAT YUSUF DIKENALI

Wataknya dalam drama Perempuan Tanpa Dosa berjaya tonjolkan namanya sebagai bintang baharu industri hiburan

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Ada segelintir peminat yang menganggap watak Rahman lakonan Yusuf Bahrin lebih menyerlah berbanding Rizal (Kamal Adli) menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa (PTD) yang menutup tirai, Isnin lalu.

Sememangny­a itu hak masing-masing dan setiap individu bebas membuat pilihan sendiri. Bagaimanap­un, realitinya ia berjaya menonjolka­n nama Yusuf Bahrin sebagai bintang baharu industri hiburan tanah air.

Yusuf, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin mula berlakon sejak hujung 2018 memegang watak pembantu menerusi beberapa drama seperti Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams,

Kau Yang

Pertama dan Satukan Rasa.

“Orang mula pandang saya menerusi watak Dr Amar dalam Sweet Dreams arahan Michael Ang. Banyak ilmu yang diperoleh apabila bekerja dengannya. Menerusi PTD saya sekali lagi berlakon bawah arahan Michael dan kami dapat membentuk keserasian bersama. Alhamdulil­lah ramai yang suka kerana watak Rahman yang baik. Saya pun berusaha memberikan yang terbaik dan menjadi,” katanya.

Menurutnya, hasil usaha keras serta berkat doa ibu bapa antara punca kejayaanny­a dalam drama ini.

“Ikutkan apa yang dibuat tak berapa baik dan masih banyak kelemahan. Tapi saya berpuas hati dan peminat juga berpuas hati. Itu yang paling penting.

“Saya juga berterima kasih dengan semua pelakon terutama Kamal, Uqasha, Azza Elite dan ramai lagi pelakonpel­akon senior yang saya berlakon sebelum ini kerana banyak beri tunjuk ajar. Alhamdulil­lah, dengan ilmu yang diberikan, nampak ada perubahan dalam lakonan saya,”

katanya.

Yusuf yang berazam untuk terus memberikan lakonan terbaik, gembira kerana tawaran berlakon untuknya sentiasa ada.

“Selepas selesai PTD saya ada penggambar­an untuk dua telefilem iaitu genre seram untuk Astro Citra dan romantik komedi untuk Naura. Terbaharu, saya ditawarkan membintang­i dua drama iaitu untuk slot Samarinda dan Akasia.

Saya juga akan berlakon filem pertama yang akan memulakan penggambar­an dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, pemilihann­ya dibuat oleh penerbit tetapi dia tetap melalui uji bakat untuk memastikan boleh membawa watak yang

diberikan.

“Saya hanya menunggu masa untuk penggambar­an. Perasaan teruja memang ada untuk berlakon filem,” katanya.

Yusuf tidak menafikan populariti yang dikecapi menerusi PTD membuat dirinya semakin dikenali ramai peminat.

“Dah tentu saya gembira dengan kewujudan saya. Insya-Allah saya akan terus buat yang terbaik dalam karier. Secara tak langsung, jumlah pengikut saya di media sosial juga meningkat. Banyak perbezaan kehidupan sekarang berbanding dahulu. Pergi ke mana-mana pun orang tetap kenal walaupun pakai pelitup muka. Bagaimanap­un saya tak mudah lupa diri dan tetap seperti dulu,” katanya.

Ditanya watak dan cerita yang diidamkan selepas ini, anak sulung daripada empat beradik ini berkata, dia teringin membintang­i genre aksi.

“Saya nak sangat berlakon cerita aksi. Kalau saya ditawarkan untuk berlakon mana-mana cerita begini, saya akan terima. Ini impian saya,” katanya.

Tidak ramai yang tahu, Yusuf pernah mengusahak­an kedai gunting rambut di

Melaka selama dua tahun sebelum menceburi bidang lakonan.

Bagaimanap­un dia meninggalk­an perniagaan buat sementara waktu bagi menumpukan perhatian pada lakonan.

“Saya masih dalam perancanga­n untuk mulakan balik perniagaan. Insya

Allah jika tiada apa-apa halangan, saya akan buka perniagaan kecil-kecilan tahun depan. Yang boleh diberitahu ialah saya akan terbabit dengan perniagaan berkaitan pertanian,” katanya.

Alhamdulil­lah ramai yang suka kerana watak Rahman yang baik. Saya pun berusaha memberikan yang terbaik dan menjadi

YUSUF

 ??  ??
 ??  ?? YUSUF akan menjalani penggambar­an untuk dua telefilem selepas berlakon dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.
YUSUF akan menjalani penggambar­an untuk dua telefilem selepas berlakon dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia