Harian Metro

PESONA TARIKAN PULAU SURI

Pasar terapung meriah dengan gelagat pengunjung, peniaga atas bot ditambah aktiviti budaya masyarakat setempat

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Sudah lama penulis mendengar mengenai pasar terapung yang berada nun di Kelantan ini, namun tiada kesempatan lagi untuk melawatnya.

Mujur pada Julai lalu ketika sebelum berlakunya gelombang ketiga pandemik Covid-19, Tourism Malaysia mengadakan Ekspresi Media ke Kelantan bagi menerokai bumi Cik Siti Wan Kembang yang begitu kaya, bukan sahaja dek budayanya malah terdapat banyak lokasi alam semula jadi yang boleh diterokai.

Menaiki bot dari Jeti Medan Ikan Bakar atau lebih sinonim dengan ringkasann­ya MBI di Kota Bharu ternyata memberi peluang kepada penulis bersama jurufoto Aswadi Alias dan rakan-rakan media untuk menelusuri Sungai Kelantan.

Penulis dimaklumka­n oleh pemandu pelancong, Rusdi Abdul Ghalib yang difahamkan Sungai Kelantan adalah pertemuan antara dua buah sungai huluan, Sungai Galas dan Sungai Neggiri. Jauhnya pula sekitar 248 kilometer (km) merentasi beberapa daerah antaranya Pasir Mas, Kuala Krai dan Kota Bharu.

Ketika di dalam bot, Rusdi memaklumka­n meskipun air Sungai Kelantan tidak jernih tetapi ia menjadi lokasi pelbagai aktiviti menjana pendapatan yang memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Menariknya mengenai Sungai Kelantan ialah terdapatny­a pulau-pulau di bahagian muara sungai yang paling popular ialah Pulau Teluk Rejuna, Pulau Beluru, Pulau Seratus dan paling menjadi sebutan ketika ini pastinya mengenai Pulau Suri kerana aktiviti pasar terapung.

Mengenai Pulau Suri pula, Rusdi berkata, ia diterokai oleh seorang bidan kampung yang dikenali sebagai Suri sekitar 50 tahun lalu.

Sehingga kini, Pulau

Suri mempunyai sekitar 50 keluarga yang melakukan pelbagai aktiviti ekonomi antaranya ekopelanco­ngan sehinggaka­n ia terkenal sebagai salah satu destinasi inap desa.

Mendengar celoteh Rusdi, diam tidak diam

Boleh dikatakan lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung dari Kelantan dan luar negeri kerana pada hujung minggu sahaja kami merekodkan kehadiran lebih 1,000 pengunjung

GHANI

sudah hampir 15 minit bot yang kami naiki membelah Sungai Kelantan tiba ke destinasi yang dituju iaitu Pantai Suri Floating Market.

Rusdi juga memberitah­u Pantai Suri Floating Market adalah salah satu daripada gugusan Pulau Suri yang menawarkan aktiviti perdaganga­n kepada pengunjung di atas bot.

Suasana meriah menyambut kehadiran kami kerana muzik dikir barat yang begitu sinonim dengan Kelantan berkumanda­ng begitu kuat sekali.

Tidak sekadar itu, pemilik Pantai Suri Floating Market, Ghani Abdullah turut menyediaka­n pelbagai permainan rakyat untuk kami melihat lebih dekat aktiviti santai masyarakat terdahulu di negeri itu.

Ghani yang lebih mesra disapa Pak Ngah berkata, Pantai Suri Floating Market dimulakan pada September 2016 dan ketika ini terdapat 20 bot menyediaka­n pelbagai jenis makanan untuk dijual kepada pengunjung.

Tidak sekadar itu, terdapat juga 10 gerai di atas pulau yang turut memeriahka­n lagi aktiviti jual beli di lokasi berkenaan.

“Boleh dikatakan lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung dari Kelantan dan luar negeri kerana pada hujung minggu sahaja kami merekodkan kehadiran lebih 1,000 pengunjung.

“Dalam suasana pandemik Covid-19 ini kami turut memastikan setiap peniaga dan pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa kerana khuatir berlaku perkara yang tidak dijangka di sini,” katanya.

Melihat sendiri kemeriahan aktiviti perniagaan di atas bot ternyata penulis merasakan seperti berada di negara jiran, Thailand yang menawarkan aktiviti tarikan pelanconga­n jual beli di atas bot terutama di Hatyai.

Paling menarik pastinya penulis dan rakan-rakan media yang lain dapat merasai sendiri juadah tempatan yang dijual pada harga yang dilihat amat berpatutan.

Sebut sahaja jenis makanan yang anda mahukan yang sinonim dengan Kelantan semuanya ada. Paling menarik bagi penulis ialah hidangan berasaskan hidupan sungai yang segar untuk dinikmati.

Mengenai persembaha­n kebudayaan pula, Pak Ngah memaklumka­n ia diadakan mengikut permintaan pengunjung yang datang secara berkumpula­n.

“Begitu juga dengan permainan tradisiona­l yang kami sediakan pada hari ini iaitu pertanding­an mengira kokok ayam.

“Permainan ini membabitka­n masyarakat setempat yang mempunyai ayam yang dijinakkan dan pemiliknya akan memanggil nama unggas masing-masing untuk berkokok serta markah akan dikira mengikut jumlah kokok paling banyak mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Sememangny­a merasai pengalaman di Pantai Suri Floating Market adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh penulis dan rakan-rakan media yang lain kerana kami dapat melihat satu produk pelanconga­n yang begitu unik dibangunka­n masyarakat setempat.

Sekiranya keadaan pandemik sudah pulih dan membolehka­n anda menerokai destinasi itu, sila jangan lepaskan peluang untuk ke sana jika mengunjung­i Kelantan kerana ia amat berbaloi untuk percutian keluarga.

 ??  ?? JUAL beli peniaga di atas bot menjadi tarikan.
JUAL beli peniaga di atas bot menjadi tarikan.
 ??  ?? PERJALANAN dari Jeti MBI ke Pantai Suri Floating Market mengambil masa 15 minit menaiki bot.
PERJALANAN dari Jeti MBI ke Pantai Suri Floating Market mengambil masa 15 minit menaiki bot.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N dikir barat disediakan jika mendapat permintaan pengunjung berkumpula­n.
PERSEMBAHA­N dikir barat disediakan jika mendapat permintaan pengunjung berkumpula­n.
 ??  ?? PAPAN tanda destinasi yang ceria menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar.
PAPAN tanda destinasi yang ceria menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar.
 ??  ?? PERTANDING­AN mengira kokok ayam yang menarik perhatian.
PERTANDING­AN mengira kokok ayam yang menarik perhatian.
 ??  ?? PELBAGAI juadah tempatan dijual kepada pengunjung dengan harga berpatutan.
PELBAGAI juadah tempatan dijual kepada pengunjung dengan harga berpatutan.
 ??  ?? MERIAH kehadiran pengunjung ke Pantai Suri Floating Market.
MERIAH kehadiran pengunjung ke Pantai Suri Floating Market.
 ??  ?? ANTARA juadah tempatan dijual kepada pengunjung.
ANTARA juadah tempatan dijual kepada pengunjung.
 ?? FOTO: ASWADI ALIAS ??
FOTO: ASWADI ALIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia