Harian Metro

REKREASI FLORA PINGGIR KOTA

Destinasi Air Terjun Sungai Lopo, Hulu Langat menarik dengan aktiviti meredah hutan dan denai

- Oleh Sharizan Musa rencana@hmetro.com.my

Sudah menjadi kebiasaan bagi penulis menggunaka­n kelapangan pada hujung minggu untuk melakukan aktiviti luar seperti mendaki dan meneroka alam semula jadi.

Baru-baru ini, penulis gunakan kesempatan yang ada untuk meneroka destinasi rekreasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Salah satu destinasin­ya ialah ke Air Terjun Sungai Lopo, Hulu Langat bersama beberapa teman.

Apatah lagi ada dalam kalangan teman penulis itu belum pernah menjejakka­n kaki ke sana. Air Terjun Sungai Lopo ini antara tarikan lain di daerah berkenaan.

Bukan hanya Gunung Nuang, Air Terjun Sungai Gabai, Air Terjun Sungai Tekala dan Sungai

Congkak saja yang menarik, malah Air

Terjun Sungai Lopo juga mempunyai keunikan tersendiri dalam kalangan pencinta alam semula jadi.

Rancangan yang sudah diatur beberapa hari sebelumnya disertai enam rakan penulis dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Cyberjaya.

Untuk ke Air Terjun Sungai Lopo, pengunjung boleh menggunaka­n aplikasi Waze dengan mencari Sungai Lopo Village untuk sampai ke tapak permulaan.

Perjalanan penulis dari Kuala Lumpur ke Hulu Langat sejauh 40 kilometer (km) mengambil masa 45 minit melalui Bukit Ampang.

Bagi mereka yang ingin mengisi perut sebelum memulakan aktiviti menyusuri denai dan meredah hutan, terdapat banyak gerai serta kedai di sepanjang jalan menuju ke tapak parkir yang terletak di Asli Adventure Base Camp.

Jalan untuk sampai ke tapak parkir selepas mengambil simpang dari Jalan Hulu Langat agak sempit. Pengunjung dinasihatk­an untuk berhati-hati ketika memandu.

Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentang­an. Bayaran parkir dikenakan RM5 untuk sebuah kereta.

Tapak parkir juga menyediaka­n fasiliti seperti bilik air, bilik mandi, surau dan gerai makanan bagi kemudahan pengunjung sebelum serta selepas melakukan aktiviti.

Sebelum memulakan perjalanan, penulis dan teman-teman membahagik­an barangbara­ng yang perlu dibawa sama rata untuk memudahkan aktiviti meredah hutan.

Jam 9.40 pagi, kami memulakan perjalanan. Pada kebiasaann­ya, perjalanan mengambil masa sekitar satu jam setengah untuk sampai ke Air Terjun Sungai Lopo.

Namun hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur pada malam sebelumnya menyebabka­n trek yang dilalui menjadi lecak, berlumpur dan licin.

Bagaimanap­un, trek menuju ke air terjun jelas dan tidak mengeliruk­an. Boleh dikatakan hampir 80 peratus trek adalah landai dan selebihnya memerlukan pendakian pada kadar yang sederhana.

Kecuraman pendakian pada lebih kurang 60 darjah mungkin kelihatan agak sukar tapi pada pengamatan penulis, pengunjung tidak memerlukan stamina yang tinggi untuk sampai ke air terjun itu.

Selepas hampir sejam setengah, bunyi deruan air terjun sudah kedengaran dan menaikkan semangat penulis dan teman-teman. Perkara pertama yang dilakukan adalah mencari kawasan yang sesuai untuk merehatkan diri dan makan tengah hari.

Suasana segar, nyaman dan ditemani bunyi deruan air terjun membangkit­kan lagi selera penulis serta teman-teman untuk mengisi perut yang kelaparan.

Bagi memudahkan teman-teman menyediaka­n juadah tengah hari, penulis memilih tapak yang berdekatan dengan punca air.

Pada kebiasaann­ya sebelum pandemik Covid-19, kawasan air terjun ini akan sesak dengan pengunjung. Kini pengunjung yang datang turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sedikit sebanyak, peraturan yang ditetapkan itu memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang ke tempat rekreasi ini.

Selain mandi-manda, bagi penggemar dunia fotografi, terdapat banyak elemen menarik untuk dirakam di kawasan air terjun ini sebagai kenangan.

Seperti Lata Medang, aktiviti yang menarik di air terjun ini adalah menggelong­sor dari tingkat atas air terjun bagi mereka yang lebih gemarkan cabaran.

Salah satu perkara yang membuatkan penulis menyukai Air Terjun Sungai Lopo adalah kolam yang tidak merbahaya dan sesuai untuk dinikmati pengunjung dari pelbagai lapisan usia.

Namun begitu, pengunjung yang membawa keluarga dinasihatk­an untuk mengawasi keselamata­n ahli keluarga masingmasi­ng terutama anakanak kecil.

Puas bermandi-manda dan makan tengah hari, penulis dan teman-teman memulakan perjalanan pulang sekitar jam 2 petang. Perjalanan turun lebih cepat berbanding perjalanan naik.

Sekiranya pengunjung tidak berhasrat untuk ke Air Terjun Sungai Lopo, pengunjung juga boleh berkelah di sungai yang terletak berhampira­n dengan tempat parkir. Terdapat juga barisan chalet dan wakaf yang boleh disewa untuk keselesaan anda!.

 ?? FOTO | SHARIZAN MUSA ?? AIR Terjun Sungai Lopo yang menarik kehadiran pencinta alam semula jadi.
PENGUNJUNG perlu melalui laluan denai sebelum tiba ke destinasi air terjun.
AIR Terjun Sungai Lopo sesuai untuk riadah seisi keluarga.
KEINDAHAN laluan air terjun yang indah untuk dirakam.
FOTO | SHARIZAN MUSA AIR Terjun Sungai Lopo yang menarik kehadiran pencinta alam semula jadi. PENGUNJUNG perlu melalui laluan denai sebelum tiba ke destinasi air terjun. AIR Terjun Sungai Lopo sesuai untuk riadah seisi keluarga. KEINDAHAN laluan air terjun yang indah untuk dirakam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia