Harian Metro

INDAHNYA AIR TERJUN TASIK PUTERI

Panorama tasik jernih menghijau jadi tarikan destinasi percutian di Dungun ini

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Sebaik menerima kiriman foto percutian milik Daya Kamarudin, mata penulis bagaikan tidak berkelip melihat keindahan air tasik yang kehijauan dan begitu jernih.

Apatah lagi, ia bukan terletak di luar negara tetapi hanya destinasin­ya di Dungun, Terengganu yang begitu terkenal dengan Tasik Puteri.

Daya berkata, dia mengetahui mengenai destinasi percutian yang dikenali sebagai Air Terjun Tasik Puteri menerusi laman sosial.

Katanya, perjalanan sekitar empat jam 30 minit menuju ke destinasi itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) cukup berbaloi.

“Perjalanan ke sana juga cukup mudah kerana tidak perlu melalui jalan denai sebelum tiba di kawasan air terjunnya. Hanya parkir kereta dan berjalan tidak sampai tiga minit sudah sampai di kawasan air terjun itu.

“Bagi saya ia amat sesuai untuk aktiviti bersantai pada hujung minggu dan kawasan itu bukan sahaja mempunyai tarikan kerana air terjunnya yang menghijau malah terdapat pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan seperti berkayak dan berjoging di sekitarnya,” katanya.

Daya menambah, lokasi itu juga sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga kerana air terjun yang bersumberk­an air tasik berkenaan mempunyai beberapa paras air, dari kawasan cetek untuk kanak-kanak sehinggala­h paras yang lebih dalam.

Jelasnya, terdapat juga kemudahan tapak perkhemaha­n yang luas untuk anda yang ingin mendirikan khemah atau bermalam di kawasan itu.

“Kami ke destinasi itu berempat dan mengambil keputusan untuk berada di kawasan berkenaan selama dua hari satu malam.

“Jadi, bolehlah meluangkan aktiviti bermandi-manda, barbeku dan bersantai bersama suami serta kawan-kawan,” katanya.

Ceritanya lagi, bagi mereka yang ingin ke sana tidak dikenakan sebarang bayaran selain terdapat kemudahan yang selesa seperti tandas dan surau.

Katanya, dia juga sempat menyelam di kawasan air terjun itu untuk menikmati pemandanga­n di dalam air dan ternyata ia begitu jernih.

“Cuma saya sarankan air itu tidak sesuai untuk diminum dan dimasak,” katanya mengakhiri perbualan.

Perjalanan ke sana juga cukup mudah kerana tidak perlu melalui jalan denai sebelum tiba di kawasan air terjunnya

DAYA

 ??  ?? AIR terjun yang mempunyai panorama menarik.
AIR terjun yang mempunyai panorama menarik.
 ??  ?? MENIKMATI ketenangan di atas pelampung menjadi pilihan ketika bersantai.
MENIKMATI ketenangan di atas pelampung menjadi pilihan ketika bersantai.
 ?? FOTO DAYA KAMARUDIN ?? LOKASI santai yang menarik menikmati pemandanga­n alam semula jadi.
FOTO DAYA KAMARUDIN LOKASI santai yang menarik menikmati pemandanga­n alam semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia