Harian Metro

Tiga bulan latihan domestik

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) merancang mengadakan kejohanan domestik bermula Januari depan sebagai persediaan menghadapi pertanding­an peringkat antarabang­sa pada Mac 2021.

Setiausaha Kehormat KRM, Amrul Hazarin Hamidon berkata, Kesatuan Ragbi Asia mengeluark­an tentatif program untuk musim depan sekali gus menuntut persatuan mengadakan kejohanan peringkat domestik lebih awal.

Beliau berkata, perkara itu penting bagi memastikan pemain lebih bersedia selepas enam bulan tanpa sebarang kejohanan kompetitif berikutan pandemik Covid-19.

“Kejohanan peringkat domestik bergantung kepada situasi semasa terutama berkaitan pandemik Covid-19 dan jika kes masih tinggi mungkin penganjura­nnya terpaksa ditunda.

“Ketika ini, Kesatuan Ragbi Asia mengeluark­an kalendar perjalanan aktiviti sepanjang 2021 dengan kejohanan bermula pada Mac tahun depan.

“Oleh itu, kita memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan persiapan termasuk penganjura­n kejohanan untuk pemain lebih bersedia,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berkaitan penganjura­n kejohanan pada musim depan.

“Kami harap kejohanan dan aktiviti membabitka­n sukan ini berjalan seperti biasa pada 2021 demi kebaikan pasukan negara yang berehat panjang.

“Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkaitan selain mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) apabila bermula kejohanan nanti,” katanya.

Kejohanan peringkat domestik bergantung kepada situasi semasa terutama berkaitan pandemik Covid-19”

Amrul Hazarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia