Harian Metro

PSM yakin kemampuan jurulatih tempatan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yakin jurulatih tempatan mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada musim 2021.

Presidenny­a, Datuk Ahmad Ismail mengakui walaupun sukan lain lebih berminat menggunaka­n tenaga asing dalam barisan kejurulati­han, beliau sebaliknya.

“PSM yakin kebolehan dan kemampuan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami situasi dalam pasukan dan kehendak persatuan.

“Walaupun PSM meletakkan sasaran mahu mencipta lebih banyak kejayaan pada musim 2021, tidak bermakna kita perlu menggunaka­n khidmat jurulatih asing untuk merealisas­ikan impian ini.

“Kita masih meletakkan kepercayaa­n kepada barisan jurulatih tempatan kerana mereka juga tidak kurang hebatnya dan lebih mengetahui mengenai sukan tradisi negara ini,” katanya.

Menurutnya, sepak takraw yang berasal dari negara ini tidak memerlukan khidmat jurulatih asing. Selain itu, beliau berkata, Liga Sepak Takraw (STL) akan berjalan seperti biasa sebaik tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sudah tentu kita merancang pelbagai aktiviti dan kejohanan pada musim 2021 kerana ia penting bagi mengekalka­n momentum pemain yang sudah lama berehat.

“Setakat ini, tiada pasukan yang menarik diri akibat masalah kewangan, malah mereka tidak sabar untuk beraksi pada STL.

“Tambahan pula, PSM ada memberikan peruntukan kepada pasukan yang menyertai STL dan tidak timbul masalah kewangan kepada mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia