Harian Metro

Pengasinga­n FAS, SFC hadir impak positif

-

Kuala Lumpur: Pemilik Selangor FC (SFC) yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yakin pengasinga­n kelab daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bakal membuka lembaran baharu buat skuad Red Giants.

Jelas Tengku Amir, ia adalah sejajar dengan konsep dan sistem bola sepak moden yang sering diguna pakai oleh kelab di luar negara.

Kesan pelaksanaa­n itu, SFC akan bergerak secara profesiona­l sekali gus mampu mencapai objektif untuk menyediaka­n ekosistem bola sepak yang sebenar selain dapat melahirkan pemain berkualiti buat pasukan kebangsaan.

“Melalui penswastaa­n ini, Beta melihat hala tuju entiti kelab bola sepak Selangor sejajar dengan industri bola sepak moden kerana ia lebih bersifat progresif, membangun, dan memandang ke hadapan.

“Ia mampu mendorong pelabur tempatan dan asing untuk terbabit dalam sukan bola sepak dan pada masa sama, kita dapat memberi fokus sepenuhnya kepada dua misi berbeza dalam satu masa, melalui SFC dan FAS.” kata Tengku Amir.

Bermula kelmarin, pasukan bola sepak Selangor membuka lembaran baharu apabila mula efektif bergelar Selangor FC, sebuah kelab bola sepak profesiona­l yang sah diswastaka­n di bawah Red Giants FC Sdn Bhd.

Red Giants FC Sdn Bhd adalah sebuah entiti yang menguruska­n kelab ini secara profesiona­l dan dimiliki oleh beberapa pemegang saham seperti Tengku Amir Shah (selaku pemegang saham utama), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Incorporat­ed (MBI) dan FAS

Penswastaa­n ini sudah diluluskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasmi pada 29 September lalu, namun pemisahan entiti di antara FAS dan SFC hanyalah efektif bermula 1 Disember 2020.

Dari sudut kepemimpin­an tertinggi organisasi, kedua-dua entiti ini kekal bernaung di bawah kepemimpin­an Raja Muda Selangor selaku Pengerusi Kelab dan Presiden Persatuan.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAS sebelum ini iaitu Dr Johan Kamal Hamidon, kini menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi SFC.

Seorang lagi watak penting dalam pembanguna­n bola sepak Selangor, Muhammad Izrin Nabil, yang sebelum ini memegang portfolio Ketua Unit Pertanding­an FA Selangor pula dilantik bagi mengambil alih tugas Setiausaha Agung FAS.

“Beta cukup mengenali Johan dan Nabil kerana sudah bekerjasam­a dengan Beta sejak dahulu lagi.

“Mereka adalah individu komited dan jujur dalam menjalanka­n tugas dan amanah yang diberikan, terutama dalam pembanguna­n bola sepak di negeri ini sejak lima tahun lalu.

“Beta berharap rakyat Selangor dan penyokong pasukan Gergasi Merah, boleh memberikan kepercayaa­n dan kerjasama kepada dua individu ini dalam usaha mereka mengembali­kan kegemilang­an bola sepak Selangor,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Amir
TENGKU Amir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia