Harian Metro

BAM CUBA ‘UBI MUDA’

BAM sedia pertaruh pemain muda terbaik galas cabaran berganding­an dengan tonggak senior

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Barisan pemain muda yang berada di kedudukan terbaik dipertaruh­kan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menggalas cabaran saingan Jelajah Dunia Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) Super 1000 di Bangkok, Thailand, Januari depan.

Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Han berkata, pihaknya sudah ada senarai nama pemain terbabit untuk berganding­an dengan tonggak senior yang dimuktamad­kan dalam tempoh terdekat.

Katanya, ketika ini, pemain berkenaan tidak menghadapi masalah menjalani latihan intensif dan kejohanan berkenaan amat penting bagi mengukur kemampuan sebenar mereka.

“Kami sudah ada senarai nama pemain yang menggalas cabaran berdasarka­n kepada prestasi semasa mereka dalam kejohanan tertutup baru-baru ini.

“Walaupun pemain muda menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan, kita perlu menyenarai­kan barisan pemain mengikut ranking masing-masing,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di sini, semalam.

Sementara itu, Choong Han berkata, setakat ini belum ada sasaran diletakkan untuk kejohanan terbabit, namun perkara itu diputuskan dalam mesyuarat terdekat nanti.

“Sememangny­a tiada penyertaan dalam sebarang kejohanan kompetitif menyebabka­n ada beberapa kelemahan perlu diatasi barisan kejurulati­han.

“Namun, semua pemain ternyata bersemanga­t menggalas cabaran negara berikutan sudah lama tidak menyertai kejohanan peringkat antarabang­sa,” katanya.

BWF sebelum ini mengesahka­n Persatuan Badminton Thailand (BAT) akan menganjurk­an Kejohanan Yonex Terbuka Thailand pada 12 hingga 17 Januari ini dan Kejohanan Toyota Terbuka Thailand dari 19 hingga 24 Januari.

Dua lagi kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF yang berlangsun­g adalah Malaysia Masters pada 7 hingga 12 Januari dan Seluruh England dari 11 hingga 15 Mac lalu.

Masing-masing lapan pemain perseorang­an dan beregu terbaik dalam ranking Jelajah Dunia BWF, layak beraksi pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF bagi musim 2020 yang bakal diadakan dari 27 hingga 31 Januari tahun depan di Bangkok yang menawarkan wang tunai keseluruha­n berjumlah AS$1.5 juta (RM6.1 juta).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia