Harian Metro

REAL DI AMBANG ‘MAUT’

Real Madrid tewas 0-2 kepada Shakhtar Donetsk

-

“Saya tidak akan meletak jawatan, sama sekali tidak. Kami selalu berdepan detik sukar, tetapi kami akan terus berjuang.”

Demikian tegas pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane selepas gergasi Sepanyol itu tewas 0-2 kepada Shakhtar Donetsk semalam.

Kekalahan kepada kelab Ukraine itu yang kedua dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini sekali gus menjejaska­n harapan untuk mara ke peringkat 16 terakhir.

“Saya ada kekuatan untuk menukar situasi dan saya akan memberikan yang terbaik, begitu juga pemain,” kata Zidane yang skuadnya turut dimalukan Alaves 1-1 di tempat sendiri dalam saingan La Liga Ahad lalu.

“Kami beraksi dengan baik dan berhak mendapat lebih daripada itu. Kami perlu memandang ke hadapan dan memikirkan perlawanan seterusnya.” Juara Eropah 13 kali itu yang tewas 2-3 kepada Shakhtar di tempat sendiri pada Oktober lalu sekali lagi dikejutkan menerusi jaringan pemain gantian Dentinho dan Manor Solomon pada babak kedua. Shakhtar tewas dua aksi terakhir Kumpulan B ketika menentang Borussia Moenchengl­adbach dengan agregat jaringan 10-0, tetapi kemenangan itu membolehka­n mereka memintas Real di tangga kedua dengan baki satu perlawanan.

Gladbach kekal sebagai pendahulu dengan kelebihan satu mata manakala Shakhtar kini mengatasi Real berdasarka­n rekod pertemuan.

Bagaimanap­un, kemenangan 3-2 Inter Milan ke atas Gladbach bukan sahaja membuka kembali peluang kelab Itali itu, tetapi memberi harapan kepada Real yang tahu mereka perlu menang di tempat sendiri ketika menentang wakil Jerman itu minggu depan untuk mara ke saingan kalah mati tanpa mengira apa pun keputusan Shakhtar pada aksi terakhir. - AFP

Saya ada kekuatan untuk menukar situasi dan saya akan memberikan yang terbaik Zinedine Zidane

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Real Madrid, Mariano Diaz (tengah) diasak pemain Shakhtar Donetsk, semalam.
PEMAIN Real Madrid, Mariano Diaz (tengah) diasak pemain Shakhtar Donetsk, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia