Harian Metro

Neymar hidupkan peluang PSG

-

Dua jaringan Neymar menghidupk­an kembali peluang Paris Saint-Germain dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) manakala Manchester United berdepan tugas getir untuk mara ke peringkat 16 terakhir selepas tewas 1-3 di Old Trafford, awal pagi semalam.

PSG, United dan RB Leipzig kini terikat sembilan mata dalam Kumpulan H dengan baki satu perlawanan, tetapi juara Perancis itu ada kelebihan apabila menjadi tuan rumah kepada Istanbul Basaksehir yang tersingkir pada Selasa depan manakala United memerlukan mata apabila berkunjung ke Jerman.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer terlepas beberapa peluang pada awal babak kedua ketika kedudukan terikat 1-1 selepas Marcus Rashford menyamakan gol pendahulua­n Neymar pada babak pertama.

“Kami ada beberapa peluang terbaik dan itu perbezaann­ya apabila anda beraksi dalam perlawanan besar,” kata Solskjaer.

Kemenangan lewat 4-3 Leipzig di Istanbul sebelum itu memberi tekanan kepada PSG untuk mencari kemenangan dan mereka bermula garang apabila mendahului pada minit keenam selepas rembatan rendah Neymar melepasi jangkauan David de Gea.

Jaringan itu yang terpantas dilepaskan United dalam kejohanan sejak September 2015.

Marcus Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke-32 apabila rembatanny­a terkena kaki Danilo Pereira yang mengeliruk­an penjaga gol Keylor Navas.

Edinson Cavani berpeluang menghukum bekas kelabnya, namun bola lambungann­ya yang melepasi Navas terkena palang pada babak kedua.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel yang menyedari jawatannya dalam bahaya jika PSG tersingkir awal memasukkan Ander Herrera dan Mitchel Bakker.

De Gea tangkas menyelamat­kan rembatan rendah Bakker di kiri namun gawangnya tidak bertahan lama apabila Marquinhos meledak gol kedua dari jarak dekat pada minit ke-69.

Seminit selepas itu, United beraksi 10 pemain selepas Fred dibuang padang akibat mengasari Herrera dan Neymar menambah derita tuan rumah apabila tenang menolak bola untuk gol ketiga selepas mendapat hantaran Rafinha pada minit akhir perlawanan.

“Penghormat­an Messi itu memberi kesan kepada saya Diego

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia