Harian Metro

‘Abah’ kekal Timbalan Presiden II PBSNT

- Oleh Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

‘ Secara jujur saya meletakkan apa yang saya buat adalah demi menjaga pembanguna­n bola sepak”

Lebih separuh muka baharu berjaya memenangi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sesi 2021-2024 pada Kongres Tahunan PBSNT 2020 yang diadakan di sebuah hotel, semalam.

Paling mencuri tumpuan pertembung­an satu lawan satu jawatan Timbalan Presiden II PBSNT yang dimenangi penyandang­nya, Marzuki Sulong yang lebih mesra dipanggil ‘Abah’ apabila mendapat 32 undi menewaskan pencabar baharu, Mohd Sekanther Abdul Hamid dengan 24 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden PBSNT hanya seorang muka lama, Jasmira Othman berjaya mengekalka­n kedudukan berkenaan manakala tiga muka baharu berjaya memenangi jawatan itu iaitu Apli Yusoff, Mohd Rashdi Hamat dan Che Wan Mohd Azlizan Wan Abu Bakar.

Lebih menarik ahli jawatankua­sa persatuan itu turut diwakili bekas pemain bola sepak Terengganu yang menjuarai Piala Malaysia pada 2001, Zainudin Ismail yang juga muka baharu.

Turut mengisi ahli jawatankua­sa persatuan itu empat

Marzuki Sulong

lagi muka baharu iaitu Zaki Ismail, Mazlan Sulong, Mohd Amir Ikhwan Mohd Maniyamin dan Shaiful Dazilan Mazlan manakala tiga muka lama berjaya memenangi jawatan itu iaitu Haslan Hashim, Zulkiflee Nawi dan Yahaya Mohd Noor.

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden I, tidak dipertandi­ngkan kerana dikhaskan kepada Menteri Besar Terengganu dan Timbalan Presiden I, Hishamuddi­n Abdul Karim dipilih khas oleh Presiden PBSNT sebagai mana yang terkandung dalam statut persatuan itu.

“Secara jujur saya meletakkan apa yang saya buat adalah demi menjaga pembanguna­n bola sepak, tiada niat untuk sakiti hati sesiapa, tapi andai kata saya perlu pergi saya pergi, saya tidak ada masalah, kepada semua saya minta maaf,” kata Marzuki ketika ditemui, semalam.

 ??  ?? LEBIH separuh muka baharu memenangi jawatan dalam PBSNT sesi 2021-2024.
LEBIH separuh muka baharu memenangi jawatan dalam PBSNT sesi 2021-2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia