Harian Metro

IBU HAMIL MENGIDAM

-

MENGIDAM untuk memakan sesuatu adalah perkara normal dialami ibu hamil. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh. Akibatnya, wanita hamil selalu mahu memakan makanan tertentu. Makanan manis dan masin serta berempah atau tinggi kandungan lemak antara yang paling popular dalam kalangan ibu hamil.

Bagaimanap­un, jangan terkejut kerana bukan hanya makanan yang diidamkan, tetapi ada segelintir wanita hamil teringin makan barangan pelik seperti kapur dan kepingan cat atau tanah.

Mengidam dialami wanita hamil pada dasarnya tidak sama, ia mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza. Terdapat juga keadaan yang mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangny­a tidak dimakan pada hari biasa jika tidak mengandung.

Risiko kepada ibu, kandungan

Pakar pemakanan berpendapa­t, mengidam sesuatu makanan hingga makan secara berlebihan dan tiada kepelbagai­an adalah tidak baik dan boleh menjejaska­n kesihatan wanita mengandung serta kandungann­ya.

Apatah lagi, memakan bahan bukan makanan, tentu saja ada risiko pada ibu dan anak dalam kandungan.

Bagaimanap­un, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayak­an jika dapat mengawalny­a. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Ketika mengidam, memang terasa seperti mahu memakan semua makanan yang dimahukan. Namun, awas! Tetap ada makanan yang perlu dielakkan supaya tidak menjejaska­n kandungan.

Elak makanan mentah

Antara yang perlu dielak dan diambil perhatian adalah makanan mentah atau tidak dimasak sempurna termasuk ikan, telur, produk hasil daging dan ayam.

Selain itu, susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur juga dikhuatiri membahayak­an kandungan jika dimakan ketika hamil. Minuman alkohol dan sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih juga perlu diberi perhatian oleh setiap ibu hamil.

Beberapa makanan paling popular yang diidamkan ibu hamil ketika sarat mengandung.

1 Jeruk atau asam

Jeruk atau asam sangat sinonim dengan tabiat mengidam di Malaysia. Jika anda bukan peminat asam atau jeruk sebelum ini, tentu ramai yang dapat mengagak bahawa anda sedang hamil ketika memakannya.

Sebenarnya, tidak ada salahnya mengidam asam, namun jangan mengambiln­ya ketika perut masih kosong kerana makanan seperti ini bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika perut kosong.

Cuba elakkan jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandung­i banyak kalori dan mengandung­i bahan pengawet.

Pakar makanan turut menasihatk­an ibu mengandung pada trimester kedua dan ketiga, mereka tidak digalakkan makan jeruk berlebihan kerana ia mengandung­i garam berlebihan dan akan menyebabka­n kaki bengkak.

2 Mempelam atau mangga muda

Buah-buahan yang masih muda dan amat masam seperti mempelam muda, kedondong serta buah cermai juga tidak kurang popular dalam senarai mengidam.

Rasanya yang masam memberi ‘kejutan’ kepada deria rasa anda, sekali gus membantu memberi kelegaan kepada rasa loya dan mual yang sering dialami.

Walaupun buah-buahan muda dan masam ini adalah alternatif yang lebih sihat berbanding jeruk atau asam, anda harus berwaspada dalam pengambila­nnya kerana tubuh badan anda masih memerlukan nutrien penting daripada sumber makanan lain untuk perkembang­an bayi.

Namun, pengambila­n mangga muda bagi wanita hamil dikatakan memberi beberapa manfaat antaranya membantu mengatasi simptom loya di waktu pagi.

Justeru, tidak hairanlah ramai wanita hamil suka mengambil mangga muda bagi mengatasi masalah mual dan muntah pada trismeter pertama.

Buah mangga mengandung­i vitamin B6 yang bermanfaat untuk meningkatk­an kekebalan tubuh, sekali gus mengurangk­an rasa mual.

3 Aiskrim

Aiskrim memang sangat digemari wanita, tidak kiralah sama ada mereka sedang hamil atau tidak. Oleh kerana ia sejuk dan mempunyai pelbagai perisa, ramai wanita hamil selalu mengidam untuk memakannya.

Ia benar-benar menyamanka­n tekak, terutama sekali ketika cuaca panas. Untuk pilihan yang lebih sihat, cubalah bertukar kepada yogurt rendah lemak yang ditabur buah-buahan segar sebagai topping.

4 Coklat

Memakan coklat seperti ‘terapi’ untuk wanita ketika mereka sedang murung. Tidak seperti ramai wanita lain, wanita hamil lebih kerap mengalami perubahan turun naik hormon yang kadangkala mengganggu emosi mereka.

Oleh itu, mungkin saja wanita hamil mengidam untuk memakan coklat kerana ia boleh menggembir­akan mereka. Lebih menarik, penelitian pernah dibuat oleh majalah kesihatan ibu hamil di Finland, mendapati mengambil coklat beberapa gram selama satu hari ternyata terbukti menurunkan risiko stres pada janin dan ibu hamil.

Bagaimanap­un, ada juga wanita hamil yang menolak makan coklat kerana takut gemuk atau timbul masalah kesihatan lain, namun ternyata mitos ini tidak benar. Coklat mengandung­i pelbagai nutrisi sangat penting seperti magnesium dan zat besi yang diperlukan ibu hamil untuk membantu proses metabolism­e lemak, produksi sel darah merah dan melindungi ibu hamil daripada anemia.

Untuk menjaga kesihatan, sebaikbaik­nya ibu hamil mengambil coklat yang tidak mengandung­i lemak dan gula atau coklat hitam yang rendah lemak serta gula.

5 Buah-buahan segar

Bukan semua wanita mengidam makanan yang berlemak dan tidak sihat. Buah-buahan segar juga turut menjadi pilihan ramai wanita hamil. Antara buahbuahan popular adalah buah naga.

Buah naga yang matang dapat membantu membuang kahak yang yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Buah naga jarang menggunaka­n racun perosak kerana kulitnya yang tebal, bagus diamalkan oleh wanita yang sedang mengandung.

Selain itu, buah epal sangat digalakkan diambil wanita hamil kerana ia mengandung­i banyak nutrisi dan vitamin serta serat lain yang diperlukan. Anggur juga bagus kerana ia adalah sumber zat besi, kalsium, vitamin C dan vitamin B1 yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Ketika hamil, darah yang diperlukan lebih banyak, oleh itu, mengamalka­n makanan penuh sumber zat besi sangat digalakkan. Jambu air memiliki kandungan tertentu yang mampu mengurangk­an haba pada musim panas. Kandungan zat cair yang cukup banyak, menjadikan buah jambu bermanfaat untuk ibu hamil. Buah jambu air boleh dijadikan jus untuk diminum setiap hari oleh wanita hamil.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia