Harian Metro

PILU 2 BUDAK MENGEMIS

- Oleh Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

“Saya tersentuh melihat video dua anak kecil meminta sedekah di depan sebuah bank di Bandar Hilir sehingga mendorong saya berusaha mengesan mereka,” kata usahawan, Rabbani Rashid, 30, dari Bertam Malim di sini.

Menurutnya, sebaik menemui dua anak kecil masing-masing berusia lima dan 11 tahun, mereka dibawa ke sebuah hotel menempatka­n ayah mereka, Man Yusof Mohamed, 57, yang menghidap asma serta isterinya, Yusliza Yahya, 35, yang masih belum pulih selepas menjalani pembedahan tulang belakang.

Katanya, penginapan di hotel berkenaan ditaja seorang insan berhati mulia hasil kutipan wang sedekah dan beliau kemudian mencarikan sebuah kediaman untuk keluarga berkenaan.

Menurutnya, beliau mendapat sebuah rumah di Bukit Cina yang disewakan RM300 sebulan untuk keluarga berkenaan.

“Saya hanya berusaha untuk keselesaan­nya walaupun mereka hanya sehelai sepinggang di hotel dan di rumah sewa berkenaan.

“Sememangny­a sangat terkesan melihat dua anak kecil berkenaan meminta sedekah. Alhamdulil­lah Majlis Agama Islam Melaka (Maim) turut membantu termasuk bantuan makanan,” katanya.

Menurutnya, individu yang ingin menyumbang kepada keluarga berkenaan boleh berbuat demikian menerusi akaun BSN 0410041100­044742 (Man Yusof Mohamed) bagi meringanka­n beban keluarga terbabit.

Rabbani berkata, Man Yusof tidak mampu bekerja selepas kemalangan jalan raya dua tahun lalu menyebabka­n dia gagal membayar sewa rumah hingga mendorong dua anaknya meminta sedekah.

Beliau gembira kerana Man Yusof kini selesa di rumah baharu itu dan segala usaha lain sedang dilakukan bagi mendapat bantuan bagi keluarga terbabit.

Baginya, ketika dunia sedang dilanda pandemic Covid -19 ramai yang terkesan hingga anak kecil terbabit berkorban mencari duit bagi membantu ibu dan ayah mereka.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua menderma dan membantu bersama-sama untuk kesejahter­aan keluarga berkenaan.

Sementara itu, Man Yusof sangat bersyukur dengan keprihatin­an mereka yang membantuny­a kerana memperoleh rumah sewa selain bantuan lain.

Baginya, hanya Allah mampu membalas jasa semua yang terbabit hingga dia kini lebih selesa menjalani kehidupan berbanding hanya hidup di sebuah bilik.

Menurutnya, dia juga berusaha berniaga nasi lemak bagi menampung keperluan hidup berikutan rumah sewanya itu terletak berhampira­n sekolah kebangsaan, sekali gus merubah perjalanan hidup dukanya sebelum ini.

 ??  ?? RABBANI (kiri) ketika menjejaki keluarga terbabit di sebuah hotel di Bandar Hilir.
RABBANI (kiri) ketika menjejaki keluarga terbabit di sebuah hotel di Bandar Hilir.
 ??  ?? KELUARGA Man Yusof kini tinggal di rumah sewa di Bukit Cina.
KELUARGA Man Yusof kini tinggal di rumah sewa di Bukit Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia