Harian Metro

AMANAH BESAR BUAT MK

Dipilih sebagai duta sebuah pusat tuisyen selepas Mira Filzah

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kita sedar, pesonanya dalam kumpulan K-Clique cukup hebat dan berpengaru­h. Apa saja yang dikongsiny­a mendapat perhatian ramai

SITI FARHANA ABU OSMAN

Mira Filzah, penyanyi rap dari kumpulan K-Clique, MK, 24, pula dipilih menjadi duta pusat tuisyen dan peningkata­n akademik, PTTI Group Sdn Bhd sejak awal Januari lalu.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin berkata, dia percaya tanggungja­wab yang digalas itu adalah amanah yang murni dan besar.

“Sebenarnya saya mengambil masa berfikir untuk menyatakan persetujua­n sebagai duta pusat akademik berkenaan. Saya ‘dirisik’ mereka sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama rakan artis lain.

“Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza sepanjang pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Menurut MK, dia mula memeterai perjanjian bersama pusat akademi itu hujung tahun lalu.

“Pada awalnya terdetik dalam hati kenapa pihak berkenan memilih saya sebagai duta. Saya percaya ada calon lain yang lebih baik berbanding saya.

“Namun, rezeki itu tak pernah salah alamat. Jadi, amanah yang digalas ini akan saya bawa sebaik mungkin. Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang boleh mendekatka­n PTTI dengan generasi masa kini terutama pelajar SPM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI,

Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra dengan nama Cikgu Fana berkata, pemilihan MK seiring dengan aura, personalit­i dan pengaruh dimilikiny­a

“Sebagai pusat akademik yang khusus kepada pelajar SPM, kami optimis kehadiran MK boleh terus mendekatka­n kami dengan golongan sasaran.

“Kita sedar, pesonanya dalam kumpulan

K-Clique cukup hebat dan berpengaru­h. Apa saja yang dikongsiny­a mendapat perhatian ramai.

“Kita mempertimb­angkan juga dengan pelbagai faktor tambahan. MK ada sesuatu yang boleh kita gunakan untuk manfaat, tujuan dan contoh positif terutama di saat isu pendidikan kini berdepan cabaran getir,” katanya.

PTTI yang ditubuhkan pada 2016 sudah berjaya melahirkan lebih 100,000 pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu.

PTTI kini memiliki 25 tenaga pengajar yang mengajar menerusi formula dan teknik berkesan membimbing pelajar menghadapi SPM.

 ??  ??
 ??  ?? MK ada aura tersendiri untuk menarik minat pelajar.
MK ada aura tersendiri untuk menarik minat pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia