Harian Metro

TANSRI, DATUKSERI DIBURU

Tan Sri, Datuk Seri didedah jadi dalang sindiket edar dadah

- lapor Nor Fazlina Abdul Rahim

Sambil memberi amaran keras, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahka­n ada individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri menjadi dalang sebenar sindiket pengedaran dadah di negara ini. Beliau menegaskan masanya sudah tiba untuk individu bertopeng VIP berkenaan yang merosakkan rakyat dihadapkan ke muka pengadilan,

Pembabitan individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri dalam sindiket pengedaran dadah dikatakan semakin runcing berikutan peranan yang turut dimainkan mereka yang berstatus terbabit.

Bukan itu saja, sindiket terbabit yang dikesan mempunyai rangkaian hebat, berselindu­ng di sebalik perniagaan sah serta hidup mewah itu, bagaimanap­un sukar untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan dadah.

Pendedahan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Abdul Hamid Bador yang mengakui sudah mengenal pasti individu yang terbabit dengan sindiket terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan Katanya, jika selama ini, setiap kali rampasan besar mencecah jutaan ringgit, hanya individu bawahan saja diusik, sedangkan rangkaian utama yang berada diatas tidak terjejas.

“Walaupun saya tahu status mereka tinggi bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, saya akan memastikan kegiatan tidak bertanggun­gjawab ini terungkai dan mereka akan didakwa.

“Sudah tiba masanya mereka dibawa ke muka pengadilan kerana sudah merosakkan ribuan rakyat Malaysia dengan kemasukan dadah ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang baharu di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul

Hamid berkata, modus operandi sindiket terbabit yang didalangi ahli perniagaan itu sangat licik dengan berselindu­ng di sebalik perniagaan yang sah.

Katanya, mereka juga menggunaka­n orang kepercayaa­n merangkap orang tengah untuk menggerakk­an kegiatan terlarang itu bagi mengelak identitiny­a dikesan.

“Setakat ini Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap sindiket dadah berkenaan.

“Paling tidak, kita akan mengambil tindakan menerusi Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959. Jangan ingat mereka boleh berselindu­ng di sebalik gelaran yang ada, sedangkan hakikatnya mereka adalah penyuntik dana. Untuk di Kelantan, saya juga sudah bercakap dengan Ketua Polis Kelantan, saya tidak mahu siasatan berkaitan rampasan dadah di luaran sahaja.

“Tindakan hanya rampas dadah dan seterusnya mendapat perintah mahkamah untuk dimusnahka­n, sebaliknya mengesan dalang utama,” katanya.

Pada masa sama, katanya, ancaman dadah semakin di negara ini semakin serius dan pihaknya akan membawa perkara itu ke peringkat atasan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia